Pastikan Bersih Lepas Makan

 


Kisahnya semalam hari ahad. Firas balik dari tadika macam biasa lah terus tanya ibu apa menu hari ni. So semalam ibu ada urusan sikit ibu lambat sikit masak lauk. Buatkan mee sup je dulu. 


Berbalik pada benda yang aku nak cerita, Firas ni walaupun dah reti makan suap sendiri, tapi adakalanya mood manja tu datang nak ibu suapkan. Semalam walaupun dia macam susah sikit nak suap mee sendiri tapi dia kata dia nak juga makan sendiri. Katanya kat tadika pun cikgu selalu bagi mee dia boleh je makan sendiri. Ibu pun ok jelah. 


Lepas selesai makan mee sup tu, ada lah jatuh sikit mee tu kat atas kerusi, memang sebelum ni pun Firas bila makan sendiri memang ada jatuh-jatuh sikit makanan tu kat kerusi atau lantai. Tapi kali ni aksi spontan nya lepas makan basuh mulut terus ambil tisu 2 helai. Selalu nak lap mulut tapi ibu tertanya juga kenapa ambil tisu lebih. Know know dia bersihkan lebihan makanan yang jatuh time dia makan tadi. Ibu pun alhamdulillah benda kita tak paksa pun tapi dia sendiri tahu apa nak buat bila makan bersepah kan. Ada la jugak selalu ibu bebel berulang kali pastikan bersih selepas makan, tapi selalunya dia diam je ibu jugak yang bersihkan meja makan tu. Mungkin dia tengok apa yang ibu buat jadi lama-lama Firas dah bole ikut. Betul la orang kata, apa yang parents selalu buat, baik atau buruk, anak cepat akan ikut. Moga ibu dan ayah selalu la dapat jadi contoh yang baik untuk Firas walaupun kami ni pun banyak je kekurangannya. 


Oklah sampai sini je cerita ringkas untuk entri kali ini. Nampak simple je pun kisahnya tapi biarlah ibu nak abadikan kat blog ibu ni kan. Nanti dah dewasa mesti Firas tersenyum sendiri bila baca kan. Walau sekecil-kecil perkembangan si anak, ibu tetap bangga tau. 



4 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.