Tetaplah...
Tetaplah bersabar dalam apa jua keadaan,,
Tetaplah berbuat baik meski kau tidak diperlakukan dengan baik,,
Tetaplah tersenyum walau ketika hatimu terguris,,
Tetaplah memberi walaupun ketika kekurangan,,
Tetaplah berlaku adil sekalipun kamu merasakan dunia ini tidak adil bagimu,,
Tetaplah bersangka baik ketika diuji,,
Tetaplah tenang ketika diuji,,
Tetaplah mempunyai impian walaupun ianya sukar digapai,,
Tetaplah berharap walaupun ianya mustahil,,
Tetaplah berusaha untuk memperoleh kejayaan walaupun kau rasa tidak mampu,,
Tetaplah mencuba untuk berdiri teguh meskipun rapuh,,
Tetaplah berdoa dan berusaha kerana sesungguhnya Allah itu yang menentukan segalanya, dan Dia lah sebaik-baik perancang...
P/s ~ Kadangkala ada waktunya kita lemah juga kan dan perlu meluah. Bila rasa dah tak mampu pendam, it's ok untuk lepaskan dan menangis sepuasnya. Lepas tu tarik nafas dan tenangkan diri fikirkan yang baik-baik. Bagi yang beragama Islam, banyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah.
Post a Comment