Tanda dan Simptom Jangkitan Mpox
Kredit Foto : Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia , Instagram myhealthkkm
Jom kita ambil tahu tanda-tanda dan gejala Mpox sebagai langkah awal mencegah penularan penyakit ini.
📌 Ruam/lepuh pada mana-mana bahagian badan
📌 Sakit otot
📌 Sakit belakang
📌 Demam
📌 Keletihan
📌 Sakit kepala
📌 Bengkak kelenjar limfa
1. Biasanya bermula dengan demam
2. Selepas 1-3 hari ruam muncul di muka, tangan dan kaki di ikuti bahagian lain pada tubuh
3. Ruam/lepuh boleh timbul pada mana-mana bahagian badan lazimnya pada muka, topak tangan, tapak kaki, mulut, mata dan alat kelamin. Ruam/ tepuh boleh berlarutan 2-4 minggu atau labih bergantung kepada tahap imun individu
4. Ruam dan lepuh seterusnya kering menjadi keruping dan tertanggal
mpox juga boleh berjangkit melalui :
📎 Sentuhan langsung dengan kulit individu yang dijangkiti termasuk hubungan seksual
📎 Titisan pernafasan kepada individu yang bersemuka atau kontak rapat yang berpanjangan
📎 Sentuhan dengan permukaan objek yang dicemari oleh cecair badan pesakit mpox
Sentiasa pantau kesihatan diri dan juga keluarga. Sekiranya korang ada mengalami tanda-tanda atau simptom seperti di atas, segeralah ke hospital berdekatan atau klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik selalu dan dijauhkan dari penyakit yang memudaratkan.
Kredit Info : Kementerian Kesihatan Malaysia , Instagram myhealthkkm
Semoga kita dijauhkan dari virus jahat.
ReplyDeleteKan. Aaminn
Delete