Novel Review ~ Dia Pilih Aku
Tajuk : Dia Pilih Aku
Penulis : Rissa Ahdiya
Terbitan : Karya Seni
Sinopsis Dari Novel ~~
AUNI SORAYA dan AHMAD FAHIM, dua insan yang tidak pernah saling mengenali. Namun, kedua-duanya reda menerima ketentuan jodoh yang telah ditetapkan. Auni Soraya, seorang yang nakal dan kelam-kabut, manakala Ahmad Fahim pula seorang yang tenang dan matang.
Mereka tidak pernah bertentang mata sepanjang pertunangan dek tuntutan tugas, namun hati mereka disatukan lewat panggilan telefon dan pesanan ringkas.
"Jangan awak tertinggal hati awak merata-rata sudahlah, payah saya nak cari nanti." - FAHIM
"Hati saya aje? Hati awak?" - AUNI
"Hati saya dah lama saya tinggalkan pada awak. Sejak hari pertama awak menjadi tunang saya. Nanti saya balik, saya nak minta hati saya semula dan saya nak juga hati awak tu untuk saya simpan baik-baik sampai awak pun takkan jumpa." - FAHIM
Orang kata, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitu juga dengan pasangan ini. Sedang mereka asyik melayari manisnya alam perkahwinan, datang pula berkai yang melanda perhubungan mereka suami isteri.
Kemunculan Ezlynn yang pada mulanya diperkenalkan sebagai sahabat lama Fahim, akhirnya menjadi kaca yang menikam hati Auni sehingga berkecai.
"I datang nak minta tolong daripada you, Auni"-EZLYNN
"Minta tolong daripada I?" - AUNI
"I tak minta banyak, Auni. I bukannya minta you bercerai dengan Fahim. I cuma mahu minta sedikit ruang dalam hati dan hidup Fahim untuk I. I dah tak mampu untuk mencintai orang lain. Sejak kecil, hanya dia yang ada dalam hati 1. Dah lebih 20 tahun 1 cintakan dia. I cuma dapat bayangkan dia yang menjadi suami 1, bukan orang lain." - EZLYNN
Mampukah Auni terus bertahan jika Ezlynn berterusan mendesak? Dan siapakah yang menjadi pilihan Fahim? Sahabat yang sudah dikenali sejak berpuluh tahun yang lalu atau si isteri yang dicintainya?
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
🍓 Novel zaman muda mudi dulu ni. Suka character Fahim yang tegas, Auni yang sabar meghadapi badai dugaan berumahtangga. Banyak pengajaran boleh ambil. Dalam hubungan yang penting semestinya kejujuran dan kepercayaan. Novel ni tak meleret plot nya, seronok dibaca dan ada juga part humor di awalnya yang boleh buat pembacanya tersenyum sendiri.
Post a Comment