Wedding Anak Kak Umi

 Alhamdulillah hari ini berkesempatan hadir ke majlis perkahwinan anak jiranku, kak Umi. Memang 2024 ni berderet majlis anak-anak jiran. Alhamdulillah. Kita nya tumpang happy jugak. Mana taknya, dari awal duduk sini tengok anak-anak jiran dari zaman persekolahan tahu-tahu dah meniti alam perkahwinan dah seorang demi seorang. Auto terasa tua dah acik ni pulak,, kuikuikui 

Apa pun tahniah buat Anis & pasangan. Semoga bahagia selalu dan berkekalan hingga ke jannahNya. Maaf tak dapat nak tengok dan tunggu ketibaan pasangan pengantin bersanding. Dapat ambil gambar pelamin yang cantik tu jela. Dah makin bertambah usia ni tambah dengan ragaman si anak memang tak dapat nak berlama-lama di majlis walaupun kita nya dari zaman kekanak memang suka tengok pengantin. Kekadang dah siap makan sanggup tunggu tepi khemah hingga pengantin sampai. 



Buat kak Umi juga tahniah menerima menantu. Alhamdulillah. Terima kasih atas jemputan. Menu makanan yang dihidangkan semua sedap-sedap dan pelbagai pilihan. Balik rumah alhamdulillah tak fikir nak masak dah. Rezeki hari ini. Semoga dimewahkan rezeki selalu jiran-jiranku. 

Oklah stop entri kat sini dulu. Jumpa lagi di entri seterusnya,,,

2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.