Kefi Organic Sanitary Pads Untuk Kulit Sensitif

 


Kisahnya dah lama aku tercari-cari sanitary pad atau tuala wanita yang jenis organic. Since aku ni pun jenis kulit sensitif. So sangat memerlukan la jenis yang begini. 

Cari punya cari tiber keluar la pulak kat TikTok sanitary pad organic dari brand Kefi. Macam pepaham je laa TikTok ni. First time dengar jenama ni. Tapi terus tertarik bila tengok video review pengguna. Harga pun berpatutan. Kita pun beli lah sekotak Kefi Organic Cotton Overnight Pads. Kat envelope packaging dalam tu ada tertulis 'good night'. Aku memang kalau beli pad suka yang panjang sikit yang ni 33cm. Tapi yang bestnya aku siap dapat free gift juga yang regular pads 2 pieces. Yang envelope nya tertulis 'good day' tu. 

Suka tengok packaging pad nya tu. Mudah dibawa ke mana-mana. Banyak yang best dengan pad kefi ni. Ianya diperbuat dari 100% Organic Cotton yang diperakui oleh GOTS & FDA. Semua produk Kefi diluluskan CE & ISO9001. Memang direka sesuai untuk kulit sensitif. 

Selain itu, ianya juga 0.2cm ultra thin, nipis dan korang rasa selesa sangat, tak rasa berat tak rasa macam pakai pad. Nak berjalan pun rasa senang je tak rimas. Walaupun nipis ianya mudah menyerap ye, setakat ni aku jadi pengguna di waktu heavy period pun tak pernah lagi bocor. 


Banyak lagi laa kebaikan pad kefi ni ~~


🌸 Hypoallergenic 

🌸 Breathable 

🌸 Tiada toksin atau pewangi

🌸 Organic cotton

🌸 Biodegradable 

🌸 Vegan friendly 

🌸 Cruelty free

🌸 Recyclable 

🌸 Chemical free


Tak rugi pun melabur lebih sikit untuk sanitary pad yang bagus. Untuk keselesaan dan kebaikan kita sebagai wanita juga kan. Ok kalau korang berminat nak beli boleh klik je mana-mana platform di bawah ⤵️


Website : Kefi

TikTok Shop : kefi sanitary care

Shopee : Kefi.Malaysia





No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.