Topup Essential Oil Young Living bulan Ogos | R.C, Envision, Lemongrass, Grapefruit, Kidscents T-Gize & Gentle Baby






Nampaknya aku ni makin ketagih la dengan Young Living Essential Oils ni. Baru sebulan pakai dah rasa macam-macam manfaat bukan aku sorang je dapat satu, satu family tau... Mak aku pun dah mula berkenan nak beli diffuser satu lagi letak kat ruang tamu. In sya Allah mudah mudahan ada rezeki kan.

So bulan ni setelah membuat kajian beberapa jenis EO Young Living ni, cehhh dah macam buat eksperimen kihkih... Tak ada apa la, aku pun banyak baca dari pengalaman orang yang gunakan. Dari situ, aku boleh choose EO mana yang best. Tapi kan, macam semua je best. Hahaha grab mana yang mampu dulu la dan ikut keperluan..

Ok sabar menanti akhirnya sampai juga ke tangan 7 botol EO Young Living ni hah. Meh aku cerita sikit kenapa aku grab 7 EO untuk bulan ni ~~


🌻 Peppermint tu dah macam 'EO BFF' aku. Tak boleh tak ada. So penting untuk topup lagi dan mungkin lagi. Hehehe.... Yang ni pun Peppermint EO Flavoring (label putih) bukan je boleh diffuse, tapi boleh letak dalam masakan atau minuman.
🌻 Envision tu nak bagi mood berblogging makin cergas sikit. Bukan apa macam slow sikit idea nak menulis sejak dua menjak ni. Harap-harapnya ikhtiar ni pun dapat membantu menaikkan semangat aku menulis lebih banyak content yang menarik kat blog ni.
🌻 Grapefruit untuk kulit, kawal nafsu makan dan pemecah lemak, bagi mood happy2 dan banyak lagi laa.. Pssttt, pernah baca pengalaman orang dapat kurangkan masalah mabuk bila naik kereta. Macam aku la, dah tua bangka still bila naik kereta lama sikit mula lah rasa nak uwekkk uwekkk walaupun tak preggy. Pernah sampai berhenti tepi jalan sebab nak muntah je. Hadoii.. Ok kita ikhtiar kot boleh hilang masalah yang satu ni.
🌻 R.C ni untuk kurangkan hidung tersumbat, bersin achumm achumm orang kat rumah ni termasuklah aku kuikuikui...
🌻 Lemongrass pulak untuk halau serangga macam nyamuk, lipas ke, yang penting bau pun best satu rumah. Harapnya lepas ni lipas dah tak main kejar-kejar dengan aku. Huhuhu...
🌻 T-Gize dan Gentle Baby tu untuk baby Firas yang makin kuat mengamuk dan tantrum sekarang ni. So ni ikhtiar aku nak bagi dia cool sikit. Moga-moga berkesan la ye in sya Allah...

Oklah nanti aku cerita lebih banyak lagi manfaat dan kelebihan setiap EO tu. Ni sikit-sikit je dulu. Nak cerita banyak sekarang pun aku belum guna lagi. Cedok pengalaman orang je. Tapi aku dengan Young Living Essential Oils ni, aku tak pernah tak yakin untuk mencuba setiap yang baru.

Kalau korang nak tanya-tanya juga pasal Essential Oil dengan aku, semestinya korang dialu-alukan. Tak nak beli dulu pun tak apa, kita share ilmu dan pengalaman je dulu. Jangan malu jangan segan meh whatsapp www.wasap.my/601161912909/yleo

2 comments:

  1. sebotol tu boleh tahan berapa lama.?

    saya suka yang ada bau2 mint ..

    malam2 rasa tenang je.. Tapi tu dulu kawan bagi satu sachet kecik. tester kot..dah habis pun.teringat2 syok nya tu..

    ReplyDelete
  2. Saya suka, saya berminat
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.