Misteri Ikan Oh Ikan








Tengok pada ikan goreng ni kan, automatik aku teringat peristiwa minggu lalu. Peristiwa apa tu ea?

Kebetulan last weekend hari sabtu aku pergi pasar ajak sepupu.. Haritu saja pakai kereta suami pulak. Balik rumah masa dok selenggara barang-barang basah yang dibeli kat pasar tu, sejenis perangai aku suka siang ikan tu siap-siap then susun dalam tupperware baru masuk peti ais. Memudahkan pagi-pagi masak bekal pergi kerja. Dah setel ayam, daging, sotong then perasan kenapa tak ada ikan ea.. Rasa tadi ada beli ikan dalam hati fikir ermm mungkin aku terlupa beli.

Esoknya ahad suami balik kerja dia akan cek kereta dia dan terkejut satu rumah dengar dia jerit ingatkan ada apa ke jadi kat kereta dia... Sekali terjumpa bawah lapik kaki satu beg plastik ikan busuk haaaa... Apa lagi membebel la encik suami aku tu kereta dia berbau boleh sampai ke dalam rumah. Siapa je tak bising kan. Last2 tau salah sendiri aku belanja kereta dia pi carwash.. Setel.. Hehehe

Kisah kedua kejadian ikan.. Ni involved encik suami pulak. Selang beberapa hari lepas kejadian ikan busuk.. Tak ingat hari apa yang pasti hari bekerja la. Suami whatsapp bagitau kebetulan dia balik kerja awal dia nak pergi pasaraya NSK sendiri beli ikan. Then dia whatsapp balik cakap dah beli ikan 20 ekor macam tu. Siap hantar resepi suruh masak untuk esok.. Hahaha

Sampai je rumah aku tanya la mana ikan yang beli tu nak siang, tanya kat mak ada tak pozi bawa balik ikan, mak cakap tak ada pun dia bagi roti je, eh aku pelik dah. Suami tengah solat lepas tu tanya dia confident cakap ada dia beli letak kat dapur aku turun lagi cari seekor ikan pun tak jumpa kat dapur tu..

Suami cakap haa sudah tertinggal kat kereta lagi la tu busuk lagi kereta aku.. Tapi...kali ini sudahnya tak ada pun dalam kereta.. Nampaknya ikan-ikan tu semua merajuk dengan kitaorang laki bini, seekor pun tak ingin memunculkan diri.. Mak ayah pun pelik jadinya memikirkan... Huhuhu...

Sampai ke waktu nak tidur la suami aku pun berhuhu pelik kat mana ditinggalnya ikan yang dia beli tu semua.. Cek balik harga memang ada dia beli.. Sampai pagi tu buat muka kempunan laa encik suami teringin nak bekal ikan tak dapat.. Kuikuikui...

Tak apa la, dah bukan rezeki kata orang dah masuk ke mulut pun boleh keluar balik kan. Aku cakap tak apa la nanti petang aku beli je lain.. Harapnya ikan tak merajuk lagi dengan aku.. Haru betoii jadinya...

2 comments:

  1. Hadoiii.ikan oh ikannnn! Sabo jela nokk! Hahahaaha..Janganler merajuk lelama harapnya si ikannnn....

    ReplyDelete
  2. kalau takde ikan, wak pun tak mahu makan

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.