Novel Review ~ Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin










            Tajuk : Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin
            Penulis : Umi Syidah
            Terbitan : Karya Seni


Sinopsis Dari Novel ~~

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, YUHANIS dikejutkan dengan berita tunangnya Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

"Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah." - SAIFUL MIZAN

"Saya tak akan minta apa-apa dari awak, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah." - YUHANIS

Yuhanis tidak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.

"Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menyemakkan mata saya, faham? Awak nak buat apa, nak ke mana pun, suka hati awaklah. Saya izinkan dan saya tak kesah sebab awak bukan urusan saya. Jangan fikir perkahwinan ini untuk selamanya. Okey? " - SAIFUL MIZAN

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.

"Abang Mizan, how I miss you. I want to be with you." - SURAYA

"Hani tahu kan, abang sayang Hani. Abang cinta Hani." - SHARUL NIZAM

Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukah Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?


                   🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉

🎭 Dah lama tak baca novel ni, bila ulang baca syok juga. Novel Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ni juga pernah diadaptasi dalam bentuk drama yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2017 lakonan Raysha Rizrose dan Idris Khan. 








No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.