RASA SEPERTI JUTAWAN DI JUALAN BERJENAMA 8.8 SHOPEE INI










RASA SEPERTI JUTAWAN DI JUALAN BERJENAMA 8.8 SHOPEE INI
Shopee memperkenalkan Berjuta Diskaun Berjenama dengan tawaran potongan harga hingga 96% pada barangan berjenama



KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2020 – Shopee telah memperkenalkan ciri baharu yang dinamakan Berjuta Diskaun Berjenama atau Million Dollar Brands Discounts yang akan membolehkan pengguna membeli produk 100% original daripada jenama kegemaran dengan diskaun hebat. Dapatkan pembersih vakum Dyson V7 Fluffy+ yang serba boleh pada hanya RM1,209 berbanding harga sekarang iaitu RM1,899; atau hidangkan masakan istimewa buat keluarga dengan menggunakan Tefal Daily Cook Stewpot with Lid bernilai RM159 yang boleh didapati pada harga RM59 pada 8 Ogos dari 12 tengah malam hingga 2 pagi.



Selain itu, jadilah pemilik Apple Airpods Pro; gayakan warna lipstik baharu oleh MAC Cosmetics, rasa lebih yakin dengan Elizabeth Arden atau dapatkan jam tangan bergaya Cerruti 1881. Portal Berjuta Diskaun Berjenama dapat diakses melalui laman utama Aplikasi Shopee, dan menawarkan tawaran cukup hebat daripada pebagai jenama termasuk Samsung, Seiko, Tomei, JBL, Fjallraven Kanken, Bonia, Levi's, dan banyak lagi.

Tawaran di portal Berjuta Diskaun Berjenama termasuk potongan harga hingga 96%. Tambahan pula, produk yang disertakan tag Shopee Mall dijamin 100% tulen. Sekiranya mana-mana produk ini didapati palsu, polisi Jaminan Produk Tulen Shopee Mall akan digunakan dan Shopee akan mengembalikan wang kepada pelanggan sebanyak dua kali ganda daripada jumlah yang dibayar untuk produk tersebut.

Permainan Shopee
Ciri Berjuta Diskaun Berjenama ini diperkenalkan bersempena Jualan Berjenama 8.8 Shopee. Keseluruhan kempen ini, yang berlangsung dari sekarang hingga 8 Ogos, membawa keseronokan kepada pengguna Shopee yang berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM88,000 setiap hari dengan bermain Shopee Garden, Flappy Shopee, Shopee Poly, Shopee Link dan banyak lagi.

Super Brand Day
Beberapa jenama juga telah mengambil kesempatan untuk menjalankan Super Brand Day mereka bersama Shopee semasa Jualan Berjenama 8.8 ini. Pengguna boleh menikmati tawaran dan promosi yang diperhebat serta mengambil bahagian dalam pertandingan yang menawarkan hadiah menarik. Jenama-jenama ini ialah Perfect Diary, L'Oreal, realme, Innisfree, Tefal, Bokitta, Enfagrow, P&G, Acer, Universal Traveller, Photobook, Unilever, Skechers, Philips dan Vinda.

Nikmati Penjimatan Lebih Besar 
Selain tawaran dan diskaun berjenama, pengguna boleh menikmati tawaran RM8 setiap hari semasa Jualan Kilat Shocking Sale. Pada hari terbesar kempen iaitu 8 Ogos, perbelanjaan minimum untuk pengguna menikmati penghantaran percuma akan direndahkan kepada RM10 dari 12 tengah malam hingga 2 pagi dengan kejutan tambahan sepanjang hari, manakala jenama-jenama akan menawarkan baucar potongan harga 50% yang tidak patut dilepaskan.

My Girls Talk Show 
Berehat sebentar daripada membeli-belah dan dapatkan inspirasi melalui rancangan bual bicara  wanita baharu ini. Menampilkan peserta dahulu daripada Miss Astro Chinese International Pageant, rancangan ini bertujuan memperkasakan wanita dalam pelbagai topik dan pengalaman ketika mereka menjalani gaya hidup pantas hari ini. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai cara menjadi pembeli atas talian yang bijak; dapatkan tips kecantikan, serta cara mengekalkan hubungan yang sihat dengan menonton Shopee Live pada hari Ahad (9 dan 16 Ogos) jam 8.30 malam dengan ulangan pada hari Sabtu (8, 15 dan 22 Ogos) jam 5.30 petang.

Walaupun pelancaran portal Berjuta Diskaun Berjenama adalah seiring dengan Jualan Berjenama 8.8 Shopee, ciri tersebut akan terus berada di Aplikasi selepas 8 Ogos dengan tawaran dan jenama yang diperbaharui bagi memastikan pengalaman membeli-belah yang menarik dan berpatutan untuk pelanggan.




Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi.




No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.