Young Living Essential Oils | EO Lavender | Atasi Masalah Insomnia, Waktu Tidur Kini Lebih Tenang





Selalu dengar orang tak suka bau Lavender, macam tu juga la dengan aku. Sebelum ni aku heran kenapa orang kata Lavender ni menenangkan, pada aku bau 'sakit hidung' ada la. Hahaha...



Sebab tu juga la bak kata orang tua-tua benci sesuatu itu berpada-pada lah kan, takut nanti jatuh suka pula. Haa aku dah terkena dengan kata-kata ini. Sekarang ni sebelum tidur mesti ketagih nak pasang EO Lavender Young Living. Bau Lavender dia tu macam korang rasa rileks je lupa penat seharian tau.

Ok meh aku detail kan lebih jelas kelebihan EO Lavender Young Living ~~

💜 Tidur yang nyenyak

💜 Mengatasi masalah insomnia/susah tidur

💜 Aroma yang menenangkan dan dapat mengurangkan tekanan emosi/stress

💜 Mengurangkan masalah kulit seperti kegatalan, ekzema, ruam & alergik

💜 Mengurangkan dengkuran ketika tidur

💜 Menyembuhkan luka, lebam dan melecur

💜 Menghilangkan sunburn

💜 Mengurangkan jerawat dan parut

💜 Boleh campurkan dalam shampoo, melebatkan rambut dan mengurangkan kelemumur.

💜 Mengatasi kulit kering dan sensitif

Boleh calit sikit kat bantal sebelum tidur. Rasa tenang dan nyaman je


Piaw kan kelebihan EO Lavender Young Living ni. Banyak sangat kelebihannya. Setakat ni pengalaman aku dengan EO Lavender ni paling best waktu tidur la. Aku dan suami tak ada masalah tidur malam pun sebelum ni, tapi bila kitorang start diffuse lavender masa nak tidur boleh rasa efek tu macam tidur kau betul-betul nyenyak dan dapat rehat yang cukup. Bila rehat cukup, fikiran pun tenang happy go lucky gitu. Sebab lavender ni macam agen penenang tau. Alhamdulillah, aku pun dah kurang moody bila guna EO Lavender ni. Tak ada lah juga tengah marah terus cool macam tu je, tapi kira Lavender ni boleh control sikit korang punya stress tu.



Oklah, nak cerita panjang-panjang pun aku rasa better korang guna sendiri EO Lavender Young Living ni. Tak cuba tak tahu lagi.

Kalau korang berminat atau nak tanya saja-saja  kat aku boleh whatsapp aku
www.wasap.my/601161912909/yleo




No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.