Throwback Balik Rumah Mertua Tahun Lepas - Faizzah Amir

Thursday, 9 January 2020

Throwback Balik Rumah Mertua Tahun Lepas

Hai korang, siapa je yang belum tidur lagi macam aku?? Entahlah tiba-tiba malam ni susah pula nak lelapnya. Selalu lepas tidurkan anak aku pun terus melabuhkan tirai huhu..

Boring tak tahu nak buat apa scroll2 gallery phone ni hah. Cuci mata tengok gambar-gambar anak dah nak setahun pun dalam beberapa hari lagi. Alhamdulillah...

Rasa cepat je masa berlalu kan. Macam tahun 2020 ni la, aku masa zaman sekolah dulu rasa macam jauh sangat nak sampai ke 2020 ni(takut cepat tua pun ye) hahaha...

Tengok pula gambar anak-anak saudara belah suami yang semakin membesar. Dulu first time jumpa masa zaman cintan cintun ngan suami kecik-kecik lagi kat rumah mak mertua. Dari dulu sampai sekarang tak berubah perangai dorang ni kalau aku dan suami balik ada je ajak main game. Seronok kitorang sampai balik bila waktu sibuk kerja teringat-ingat.

Ok aku rasa nak simpan sini la gambar-gambar ketika balik ke rumah mertua di Cheras november last year. Bukan apa, kami jarang dapat balik walau hakikatnya aku tak rasa JB-KL tu jauh mana pun. Kuikuikui...

Tapi itulah, kekangan masa disebabkan komitmen kerja suami  sebagai "milik negara" membuatkan kadang-kadang kami selalu mengalah demi kerjaya beliau. Semakin hari semakin sibuk. Apa pun aku berharap di tahun 2020 semoga kami dapat selalu meluangkan masa bersama keluarga dan berjaya di dalam kerjaya. In sya Allah..


Sebelum menamatkan pembacaan korang tu, meh tengok-tengok gambar weollss...

Firas & Nenek, Abang Aiman.. Yang paling besar kiri sekali tu aku laa... 

Sebelum nak gerak pergi KL.. Firas macam biasa naik kereta terus bermimpi... 

Salam2 dengan nenek ea

With Kakak Aliyah

Bila Abang Adam & Kakak Aliyah pergi sekolah, Abang Aiman la rajin layan Firas

With Mak Andak

Kakak Aliyah layan Firas sebelum tidur

Aku rindu permainan Saidina ni wehh. Tengok2 anak buah ada benda alah ni, join terus laki bini. Berangan jadi jutawan kejap. 

Diriku dapat habuan pulak dari kakak ipar


Malam sebelum balik Johor, menyinggah sekejap rumah taska Mak Long kat Nilai, Negeri Sembilan. Suka la Firas kat situ banyak barang permainan


Bergambar lagi sebelum balik Johor.. Eh eh jap jap.. Firas kan copypaste muka ibu,kenapa dalam gambar ni macam nak ikut muka ayah lak.. 🤔😂😂


Ok tiba-tiba rasa mengantuk. Selamat malam semua pembaca.. Kita celoteh-celoteh lagi nanti di entri seterusnya ea..... 



2 comments:

  1. haah la...firas macam iras ayahnya pulak..hihi

    ReplyDelete
  2. best balik kampung ramai sedara mara. meriah ^_^

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.