Resepi Nasi Minyak~Ayam Masak Merah~Acar Rampai



Semalam pergi kenduri kahwin, hari ni suami cakap yang dia nak makan lagi nasi minyak buat bekal ke tempat kerja. Teringin nak nasi minyak by air tangan bini dia kot.. Yelah air tangan bini tapi resepi dari facebook laa.. Hehehe

Aku pun buatlah dah siap pun dah hantar kat suami. Ni aku share resepi yang aku copy kat facebook. Tapi aku ikut bahan apa yang ada kat dapur je. Bukan apa dalam banyak-banyak resepi nasi minyak dan lauk nya yang aku cuba, yang ni encik suami paling suka. Family pun suka makan bertambah-tambah.




Nasi Minyak (CREDIT Resepi by ~ FB Page Resepi Sambal)

Bahan-bahan ~~
3 pot beras basmathi(basuh dan toskan) (Aku pakai beras yang ada kat rumah je, beras herba Faiza Taj Mahal)
5 pot air
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
1 rempah sup bunjut (sup bunjut tak ada, aku gantikan dengan rempah sup Adabi haha, tapi aku letak awal masa tumis dalam 2 sudu kecil, oklah suami cakap sedap tapi kalau korang pakai sup bunjut lagi better dan sedap kot)
1 genggam kismis
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1 inci halia
1/2 sudu teh serbuk kunyit/pewarna kuning (aku tak letak yang ni, tu nasi aku warna biasa je)
Kulit kayu manis,bunga lawang n buah pelaga
Garam n perasa (perasa tu aku suka pakai yang kiub tu)

Cara-cara ~~
Mesin bahan bertanda *
Panaskn rice cooker..masukkan minyak sapi dan butter
Tumis kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
Tumis bahan mesin dan kismis
Masukkan garam,serbuk kunyit dan perasa
Masukkn susu cair dan rempah sup bunjut
Masukkan air dan beras
Tutup periuk dan biar hingga nasi masak.





Resepi ~ Ayam Masak Merah Kenduri Style
CREDIT Resepi by ~ FB Page Seminit Resepi


Bahan-bahan ~~

1/2 ekor ayam
garam
kunyit
tepung beras

Bahan kisar :
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 cawan cili kisar

Bahan-bahan tumis :
1 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
5 biji halba
2 batang serai
minyak
2 tbsp minyak sapi
2 helai daun pandan
2 tbsp santan
1/2 tin tomato puri
Gula melaka
Garam

Cara Masak ~~

Gaulkan ayam bersama kunyit, garam, dan tepung jagung.

Kisar halus semua bahan kisar.

Didalam kuali, masukkan minyak dan juga minyak sapi. Kemudian tumiskan rempah kasar dan masukkan juga bahan kisar bersama cili kisar.

Tumis hingga pecah minyak, masukkan gula dan garam. Gaul rata.

Masukkan juga serai yang diketuk bersama daun pandan. Apabila semua sudah sebati, masukkan pula tomato puri dan sedikit air.

Masukkan santan dan kacau rata. Apabila semua sudah cukup, masukkan ayam dan masak sebentar.

Sedia dihidang bersama nasi panas.


Aku nak buat acar rampai tapi bahan tak cukup, timun apa semua tak ada tu yang jadi gini tak tau nak describe sebagai apa ni hahaha... Korang abaikan gambar ini dan sila ikut resepi yang betul di bawah. 




RESEPI ACAR RAMPAI FY (CREDIT Resepi by ~ Fauziah Yahya)

Pssstt...ni resepi acar rampai yang sebenarnya, buat betul-betul ikut resepi ye..

BAHAN A
2 biji timun (dibuang biji dan dipotong panjang anggaran 2 inci)
1 biji karot (potong mcm timun tadi)
2 biji bawang besar dihiris
2 biji cili besar merah dibuang biji dan dihiris halus
7 biji bawang putih dihiris

Timun dan karot direndam bersama air kapur selama 15 minit

Bahan B (Blend semua bahan di bawah)
3 biji bawang besar
2cm halia
2 sudu besar udang kering

Bahan C
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
3 sudu gula pasir
1 sudu garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar biji sawi disagan dalam kuali tanpa minyak
minyak untuk menumis

Cara-cara ~~
Panaskan minyak dalam kuali
tumis bahan B bersama cili kisar dan rempah kari sampai garing kemudian masukkan gula, garam dan cuka masukkan bawang merah, bawang putih, timun, karot, cili merah dan biji sawi. Kacau sebati. Dah siap!



Ok, selamat mencuba dan memasak ye korang.......



3 comments:

  1. Such a nice Post and Nice information we really like this.Have a look at haute her for basic makeup tips and tricks

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tq for the resepi. Sedap secukup rasa buat berbuka puasa hari ini..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.