Aku dan Pokok Bunga - Faizzah Amir

Saturday, 25 January 2020

Aku dan Pokok Bunga



Cuti Tahun Baru Cina ni apa je aktiviti korang ye? Ada yang bercuti, balik kampung ke?

Ermm macam aku memerap kat rumah saja lah ye sebab suami cuti pun sehari je. So otak ni merangka-rangka juga apa aktiviti yang nak dibuat di rumah ni.

Tiba-tiba rasa dapat ilham nak belajar menanam pokok bunga la. Buat aku tergelak sorang pun ada bila terfikir pasal ni. Sebab aku boleh dikatakan tangan tak berseni langsung bab tanam menanam ni. Dibandingkan dengan mak aku yang memang pro dalam bab ni, menanam dan berkebun memang minat mak aku. Dari dulu orang cakap tangan mak aku ni campak benih apa pun semua menjadi. Tak macam tangan anak dia sorang ni, tanam apa pun berapa hari je hidup pastu hukhukhuk... Kesian tanaman dan pokok-pokok mak yang pernah jadi mangsa tangan tak berseni aku ni..

Tetapi.....itu semua sama sekali tak mematahkan semangat aku untuk terus mencuba dan mencuba. So kebetulan lalu sebuah nursery kat Kota Tinggi, lupa lak nama nursery tu, tapi dia bersebelahan dengan BHP Petrol. Pilih punya pilih berkenan pulak kat bunga mawar atau rose ni hah. Harga pun berpatutan so grab la dua warna terus. Satu merah satu lagi soft pink.



Ok sampai rumah misi menanam pun bermula. Nampak je mudah cuma perlu pindahkan pokok bunga dan tanah ke dalam pasu. Tapi proses penjagaannya lepas ni. Mampukah ianya bertahan lama atau senasib dengan pokok-pokok yang aku tanam sebelum ni? Nantikan jeng jeg jeng.....




2 comments:

  1. Numpang promo ya Admin^^
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.club ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^

    ReplyDelete
  2. da 2-3 weekend aida x dpt memanjakan pokok :(
    cat rumah dah 1 weekend.
    kesibukan diri sendiri lagi... hu hu hu...
    tgk roses tu = wow! gojes.
    roses aida kurang berani nak tanam, faiza. mcm susah jaga la...

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.