Review Novel ~ Hangatnya Cinta - Faizzah Amir

Tuesday, 7 January 2020

Review Novel ~ Hangatnya Cinta

             



             



                  Tajuk : Hangatnya Cinta
                  Penulis : A'je Fazlina
                  Terbitan : Kaki Novel

Sinopsis Dari Novel ~~

Satu pertemuan yang tidak disengajakan telah menyatukan Mohamad Iskandar Dzulkarnain dengan Nur Nilam Qaseh. Iskandar bukan calang-calang orang. Anak Datuk yang punya kedudukan, berbeza dengan Nur Nilam yang hanya gadis biasa yang masih terumbang-ambing dalam mencari pekerjaan. Takdir membuatkan mereka mencintai satu sama lain. Tetapi sikap Iskandar sukar untuk diduga. Perasaan cemburunya hampir-hampir memusnahkan kebahagiaan yang tercipta.

"Kau boleh pergi kalau itu yang kau nak sangat! Aku kecewa! Kecewa sangat-sangat dengan kau! Aku tak tahu siapa kau sebenarnya. Perbuatan kau cukup buat hati aku ni sakit! Kau dengan Kamalia tak ada bezanya! Curang! Perempuan curang!!!"

"Sampai hati abang cakap macam tu pada Nilam. Hanya disebabkan marah dan cemburu abang, abang hina Nilam? Abang malukan Nilam? Nilam tak berhak dilayan begini. Abang memang kejam! Kejam!"

Dapatkah mereka mengharungi dugaan yang melanda? Dapatkah hati bertahan jika amarah sering kali menjadi pemusnah sebuah kebahagiaan yang dibina? Dan dapatkah hangatnya cinta membunuh semua rasa sakit yang tercipta?

                          🌻🌻🌻🌻🌻

🎭 Novel yang ringkas tapi padat pengisiannya. Dari awal lagi buat aku sentiasa tak sabar nak mengikuti babak seterusnya dan dalam masa yang sama dapat pengajaran juga. Betapa pentingnya kepercayaan kepada pasangan dalam sesebuah perhubungan lebih lagi antara suami dan isteri. Dan sikap cemburu yang berlebihan boleh menghancurkan sebuah kepercayaan dalam rumahtangga. Apa pun watak Iskandar & Nilam dalam gaduh-gaduh tu ada manisnya bergula-gula gitu hehehe....



No comments:

Post a comment

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.