Novel Review ~ BYLINE Cinta Wardah - Faizzah Amir

Thursday, 23 July 2020

Novel Review ~ BYLINE Cinta Wardah










           Tajuk : BYLINE Cinta Wardah
           Penulis : Umi Kalsom
           Terbitan : Penulisan2u


Sinopsis Dari Novel ~~

AKU, Wardah atau popular dengan nama glamour, Wawa. Aku dan cinta bukanlah satu topik hebat untuk digandingkan bersama. Tapi, aku tak sangka... Aku juga sebegitu glamour sehingga mampu tersenarai dalam hati dua jejaka. Malangkah mereka?

Bukan nak perasanlah, tapi emak selalu kata, cantik dan aku boleh dikatakan sebagai satu anugerah. Cuma satu yang spoil, aku memang pemalas tahap tak cukup kertas untuk bercerita. Disebabkan perangai ting tong aku, emak memang selalu risau, sampai selalu sangat laungkan 'sumpahan'...

" Adik hang dah ada orang yang nak. Mak rasa kalau tunggu orang masuk meminang hang dulu, pakat dua-dua jadi anak dara tua." - EMAK

Dan ia adalah kali keseratus tiga puluh emak ulang suara pasal teori jadi anak dara tua. Eee... Mendoakan sangat!

Disebabkan gerun dengan 'sumpahan' emak dan fakta usia yang makin meningkat sentiasa, aku pun cuba membuka hati untuk mencari cinta. Ada seseorang yang aku berkenan, seseorang yang sentiasa memandang aku sebagai sekuntum mawar.

" Mawar tu cantik, secantik awak..." - MAWARDI

Tapi sayangnya, kecantikan aku terlalu fake dan sangat tidak serasi dengan panggilan Mawar itu. Kalaulah dia tahu. Sayangnya, dia memang tidak tahu.

Tapi seseorang yang tahu pula, sentiasa muncul dengan pandangan menyampah di hadapanku. Sentiasa mengucapkan review yang jujur sampai kadang-kadang hati aku tergores tanpa sedar.

" Selekeh. Serabai. Busuk. Tak kemas. Tak ayu. Harapkan muka aje lawa, yang lain semua out. Totally out! " - JOHAN

Ingatkan senang untuk mencari cinta. Rupa-rupanya parah. Aku selesa menjadi Wawa dan bukannya Mawar yang banyak pantang larangnya. Akhirnya, aku harus memutuskan satu antara dua. Entah siapa yang sewajarnya layak menjadi byline bagi kisah cinta aku?



             🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸



🎭 Kalau tengah stress elok la baca novel ni. Hahaha.. Memang gelak je aku dari awal sampai habis baca novel ni. Ada part geram sedih tu pun sikit je macam tak perasan pun. Korang juga boleh fefeeling dunia kewartawanan dari novel ni. Apa pun tak ada nak ulas banyak, memang aku terhibur sangat gelagat Wawa, Emak dia dengan Johan tu. 

No comments:

Post a comment

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.