Rangup Pedas Ikan Bilis SpicyMaMa | Sambal Ikan Bilis Padu Penambah Selera - Faizzah Amir

Friday, 17 July 2020

Rangup Pedas Ikan Bilis SpicyMaMa | Sambal Ikan Bilis Padu Penambah Selera





Hai korang-korang sekalian. Siapa kat sini kalau makan nasi mesti nak ada sambal ikan bilis goreng kering-kering tu? Tak dinafikan benda tu macam something 'penambah selera' la kan. Macam suami Fiza kalau pi outstation mesti bekalkan dia sebalang besar tu hah sambal bilis kering. Itu pun kadang tak cukup katanya hehehe...



Walaupun aku selalu buat sendiri sambal ikan bilis  kering ni, tapi teringin juga nak beli yang ready made. Nak juga rasa by air tangan orang lain kan. Tapi mestilah nak yang sedap dan berkualiti. Dan pilihan aku ialah sambal ikan bilis yang cukup rangup, cukup rasa dan cukup pedas dari SpicyMaMa!





Sesuai dengan namanya "Rangup Pedas Ikan Bilis" "Crispy Spicy Anchovy" sambal ikan bilis dari SpicyMaMa ni memang kebaboommm... Dari tak ada selera makan pun boleh jadi bertambah nasi. Tengah bermuram durja tak selera boleh la try ni. Confirm terus mai nafsu makan korang tu.



Nak cerita sikit pasal Rangup Pedas Ikan Bilis  SpicyMaMa ni, ianya digoreng garing-garing sehingga kering tanpa pengawet dan menggunakan ikan bilis yang rangup. Digoreng dengan suhu yang sesuai untuk rasa yang rangup dan sedap. Dan yang paling penting, ianya diperbuat daripada ikan bilis yang berkualiti tinggi dan diproses mengikut dengan langkah dengan berhati-hati.


Rangup Pedas Ikan Bilis SpicyMaMa ni juga korang boleh krup krap bukan saja sebagai lauk penambah selera, tapi boleh juga dijadikan sambal nasi lemak, makan dengan roti pun sodappp...



So, dah terliur ke tu?

Apa lagi boleh usha IG dan FB Page SpicyMaMa kat bawah ni order terus ye. Kang mana tau habis stok kempunan pulakkk... 

INSTAGRAM : SpicyMaMa Official

FACEBOOK PAGE : SpicyMaMa Malaysia

1 comment:

  1. Kan kan sedapkann....kering sangat dan bilis dia kalau tergigit , rangup..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.