Cinta Pandang Pertama dengan Young Living Essential Oils - Faizzah Amir

Saturday, 18 July 2020

Cinta Pandang Pertama dengan Young Living Essential Oils





Akhirnyaaa. Sekian lama mengidam benda alah ni, dapat juga memilikinya. Daripada dok usha sana sini tapi ragu-ragu nak beli bila tengok rege nya. Huhuhu...

Last2 terjebak juga dengan kak ipar. Dari nak beli sesaja terus jadi ahli. Dulu tak ada ilmu langsung pasal Young Living Essential Oils ni, bila dah guna dan banyak membaca baru faham dan jadi ketagih lak nak kumpul Essential Oils tu. Ni syukur juga la join ahli dapat percuma 5 botol. Bukan senang nak dapat. Ada yang sebotol dah ratus-ratus. Sebab benefit dia memang terlampau best.. Nanti aku akan buat entri-entri khas untuk minyak EO tu semua ea.. Semua?! Hahaha.. Memang ada angan-angan nak kumpul try semua EO..

Kalau yang pernah usha pasal Young Living, mesti tahu ada banyak pilihan Diffuser untuk Essential Oils. Macam yang aku guna ni, Dewdrop Ultrasonic Diffuser. Aku suka bentuknya simple tapi moden gitu. Melengkung comeyy gituu.. Hahaha.. Lampu dia tu tukar-tukar warna. Boleh jadi hiasan rumah dan lampu tidur. Best kan..

Ada juga Diffuser lain macam Feather The Owl, haa yang ni selalu sold out tak sampai berapa hari. Comel sangat bentuk burung hantu siap ada bunyi-bunyi dan lagu. Aku pun mengidam juga nak buat tambah koleksi kan. Yang lain tu Desert Mist, Aria, Aromalux Atomizing Diffuser. Semua ada sesuai ikut bajet dan keperluan.

Dan paling aku suka Diffuser ni ringan je, senang nak angkut ke mana-mana. Dah tu tak panas pun walaupun pasang berjam-jam. Kalau nak tahu air dah kering, dia automatik lampu kelip then padam sendiri. Senang sangat kan..

Banyak lagi aku nak cerita kelebihan Young Living Essential Oils ni. Hari ni santai-santai kita cerita pasal diffuser je dulu. Next aku akan perbanyakkan entri pasal Young Living dan produk-produknya terutama EO(minyak pati) yang aku guna.


Tapi kalau ada yang korang baca entri aku ni dan rasa berminat nak beli or nak tanya saja-saja pun pasal Young Living Essential Oils ni bolehlah whatsapp aku
www.wasap.my/601161912909/yleo

Atau kalau korang segan or malu boleh usha2 promosi Young Living aku selalu update kat ig meh follow
www.instagram.com/faizzahamir

Ok korang. Nanti kita cerita lagi ea. Selamat berhujung minggu. Semoga ceria selalu.




4 comments:

  1. Berapa ratus semuanya.. Dah ramai kawan2 guna benda ni.Tapi akak takut nak guna sebab rasanya mahal. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ada banyak pakej kak ikut promosi bulanan. Ikut bajet. Untungnya kalau join ahli dapat banyak minyak EO sekali dengan diffuser. Minyak EO macam2 kelebihan best boleh tukar2 ikut mood. Harga pun jauh lagi murah dari bukan ahli.

      Delete
  2. Huda pun dah tergoda Ya Allah. Huda beli share dengan kawan lagi, baru ni tambah EO sebab promotion. Tak boleh betul dah terjebak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan. EO tu buat ketagih ada je tiap bulan nak topup hehehe

      Delete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.