Layan AJL34 depan tv je...



Kisahnya tadi or semalam (dah lebih pukul 12 ke atas ni kira semalam la kan) dah selesai pun Anugerah Juara Lagu ke 34 tahun yang berlangsung pada 9 Febuari 2020 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.


Macam biasa aku menonton kat televisyen je. Melalui saluran tv3. Bermula tadi pada jam 9 malam.

AJL 34 kali ini bertemakan "warna-warna suara" dengan pengacara hebat  Sherry Al Hadad, Awal Ashaari & Haziq Hussni.

Aku tak menyempat nak fokus sangat layan ajl kali ni dengan dok melayan anak lagi, so aku list kan jela senarai nama finalis dan pemenang untuk Anugerah Juara Lagu ke 34 ni ye.



Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34

Tajuk Lagu : Drama
Penyanyi : Drama Band
Komposer & Penulis Lirik : Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir & Nik Adib

Tajuk Lagu : Sumpah
Penyanyi : Naim Daniel
Komposer : Naim Daniel & Omar K
Penulis Lirik : Naim Daniel

Tajuk Lagu : Kisah Cinta Kita
Penyanyi : Hafiz Suip
Komposer : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
Penulis Lirik : Dato' A. Aida

Tajuk Lagu : Ku Bersuara
Penyanyi : Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik : Syamel, Omar K, Blaine Bakri & John Jeevasingham

Tajuk Lagu : Anta Permana
Penyanyi : Bob Yusof (menggantikan penyanyi asal Dato' Sri Siti Nurhaliza)
Komposer & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

Tajuk Lagu : Bangun
Penyanyi : Aman RA
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Aman RA

Tajuk Lagu : Ragaman
Penyanyi : Fairuz Misran (menggantikan penyanyi asal Faizal Tahir)
Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan & Romeo
Penulis Lirik : Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam & Mike Chan

Tajuk Lagu : Rampas
Penyanyi : Akim & The Majistret
Komposer : Hang Nadim & Laq
Penulis Lirik : Bunga Cantik

Tajuk Lagu : Dinda
Penyanyi : Kugiran Masdo
Komposer & Penulis Lirik : Ali Sariah

Tajuk Lagu : Peneman
Penyanyi : Hazama & The Penglipurlara
Komposer : Tam

Tajuk Lagu : Lembah Kesepian
Penyanyi : Haqiem Rusli
Komposer : Haqiem Rusli
Penulis Lirik : Haqiem Rusli, Goufran & Ibnu

Tajuk Lagu : Sumpah
Penyanyi : Aina Abdul
Komposer & Penulis Lirik : Aina Abdul

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 34

Juara
Tajuk Lagu : Sumpah
Penyanyi : Naim Daniel
Komposer : Naim Daniel & Omar K
Penulis Lirik : Naim Daniel

Tempat Ke 2
Tajuk Lagu : Bangun
Penyanyi : Aman RA
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Aman RA


Tempat Ke 3
Tajuk Lagu : Anta Permana
Penyanyi : Bob Yusof (menggantikan penyanyi asal Dato' Sri Siti Nurhaliza)
Komposer & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong


Vokal Terbaik
Hafiz Suip - Kisah Cinta Kita


Persembahan Terbaik
Hafiz Suip - Kisah Cinta Kita


Anugerah Pilihan Peminat
Haqiem Rusli - Lembah Kesepian
Komposer : Haqiem Rusli
Penulis Lirik : Haqiem Rusli, Goufran & Ibnu

Paling best pada aku semestinya part my idola Dato' Sri Siti Nurhaliza muncul di hampir penghujung lagu Anta Permana


P/s ~ Tiba-tiba terngiang pulak kat kepala aku ni kata-kata sang juara iaitu Naim Daniel semalam, "Tuliskan yang baik-baik kerana jika baik niat kita menulis, maka baiklah karya kita. Jika buruk niat kita, maka buruklah karya kita. Jadi tuliskan baik-baik." 

Tahniah kepada semua pemenang dan finalis anugerah juara lagu ke 34. Teruskan berkarya dan menghasilkan lagu-lagu yang bagus ❤️

4 comments:

  1. Tahniah semua pemenang.

    Ruby tak sempat tengok tadi. Sebab ada kt luar.

    Ouhh bob yang gantikan Dato Ct rupanya.

    Nanti nk curi curi tengok

    ReplyDelete
  2. oh semestinya Dato' Siti tetap di hati Myra~

    Lifestyle Blog | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  3. Tak tengok sebab mata dah mengantok sangat plus anak nak skolah haha. Pagi esoknye baru sempat bca news snarai pemenang.

    ReplyDelete
  4. aida x tgk pun.
    layan hantu k limah kat astro prima hi hi hi hi :)

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.