Resepi Nasi Ayam ~ Ayam Goreng Madu ~ Sup ~ Kuah Sos





Weekend ni teringin pulak nak makan nasi ayam. Dah lama pun tak masak nasi ayam kat rumah. Kalau suami aku tak sebut, tak buat kot. Padahal benda senang. Senang ke? Senangla juga tak rumit dan tak banyak bahan.

Resepi ni ada jugak aku kutip kat facebook, kalau ada pun aku ubah sikit-sikit. Ikut selera family aku. Tapi aku nak share jugak kat korang kotlah korang rasa nasi ayam style aku ni nampak menyelerakan hahaha perasannn...

Ok jom usha resepi kat bawah ni



NASI
Bahan- Bahan
1 sudu kecil kunyit  (ni untuk kalau korang suka color original, tak payah letak pun tak apa) 
Air ayam - rebus ayam ambil airnya (ikut berapa pot nasi korang) 
Marjerin daisy 
4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) 
Bawang kisar
Garam secukup rasa
1 kiub ayam maggi 
1 senduk stock ayam maggi (aku pakai yang dalam botol macam sos tu) 

Cara-cara
Tumis 4 sekawan, bawang kisar dengan marjerin daisy dalam periuk nasi, kemudian letak kunyit, tumis lagi hingga naik baunya, masukkan kiub ayam dan stock ayam. Letak garam secukup rasa kemudian masukkan beras dan gaul rata. Akhir sekali masukkan air ayam dan tunggu sehingga nasi masak. 





AYAM GORENG MADU
Bahan-bahan
1 sudu tepung jagung 
Garam secukup rasa
setengah sudu besar gula 
2 sudu besar bawang dan halia kisar 
1 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tomato 
Kicap (selalu aku main agak-agak je) 
3 sudu besar madu 

Cara-cara
Perap ayam yang telah direbus bersama bahan-bahan di atas selama 1jam dan goreng macam biasa. Sedia untuk dihidangkan. 




SUP
Bahan-bahan
4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih) 
Bawang besar, bawang putih dan halia dipotong
Bawang dan halia kisar
Garam secukup rasa
1 kiub ayam 
1 sudu besar rempah sup adabi
Daun sup 
Bawang goreng

Cara-cara
Tumis 4 sekawan dengan minyak bersama bawang dan halia yang telah dipotong, juga bawang dan halia yang dikisar. Tumis sehingga naik bau dan masukkan rempah sup. Kacau sekejap pastu letak air. Masukkan kiub ayam, garam secukup rasa dan daun sup. Dah siap masukkan dalam mangkuk dan taburkan dengan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan. 




KUAH SOS (aku main buat je ni ikut cara aku janji nampak macam kuah sos kikiki 😝) 
Bahan-bahan
Bawang dan halia kisar
1 sudu cili kisar 
Garam secukup rasa
Perencah maggi cukup rasa (secubit je) 
2 sudu besar sos cili 
2 sudu besar sos tomato 

Cara-cara
Tumis bawang dan halia kisar, bersama cili kisar, masukkan sos cili dan sos tomato. Akhir sekali masukkan garam dan perencah maggi cukup rasa. Sedia untuk dihidangkan. 

Dah siap semua baru perasan tak ada salad dan tomato. Tak pe la pakai apa yang ada kat dapur je dulu. Sorry tau kalau cara aku tulis resepi macam berterabur sikit haha. Main tulis je ikut apa dalam kepala. Ok korang selamat memasak dan selamat berhujung minggu bersama yang tersayang. ❤️


6 comments:

  1. Assalamualaikum Sis Faizzah, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sis Faizzah, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  3. Wowww nampak lazat, kalau dekat dah ku singgah tumpang makan hehehehe

    ReplyDelete
  4. a'ah ekk. letakkan kunyit skit nak kasik nasi tu kuning.
    nasi ayam aida biasa nye pucat lesi.

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.