Mood Throwback On ~ Kenangan Merisik & Dirisik - Faizzah Amir

Friday, 21 February 2020

Mood Throwback On ~ Kenangan Merisik & Dirisik





Selfie selpot jangan dilupakan 😝


Mood sejak dua menjak ni nak scroll gambar gallery je. Cari bahan untuk blog ke? Yesss.. Salah satu sebabnya. Hahaha.

Tengok blogger share gambar-gambar bertunang, wedding teringin juga la nak share kat sini. Macam aku pernah cakap kat entri sebelum ni la kan, blog ni nanti boleh jadi muzium kenangan untuk anak cucu cicit. Supaya sampai bila pun diorang ingat moyang diorang yang gojesss ni. Kuikuikui...

Ok berbalik pada tajuk bila ingat balik aku kenal suami pada awal 2016. Kawan gitu-gitu je berapa bulan dia ajak ke hubungan yang lebih serius(ajak jadi bini dia la) aku pulak masa tu yela umur nak masuk 27 tahun memang dah set juga dalam kepala siapa yang betul-betul serius ajak kahwin on je la. Malas dah nak couple lama-lama. Kuciwa memanjang.. Huhuhu

Dipendekkan cerita, dah jumpa kenal-kenal dengan family belah pihak kitorang setuju nak terus buat majlis kahwin pada tahun 2017. Tak merasa la nak ada majlis pertunangan kan jalan terus. Tapi kat facebook kami buh status engaged. Haha. Sampai merajuk bff aku sebab tak dimaklum dan tak dijemput kononnya.

Padahal kitorang buat merisik ni pun dengan family dua belah pihak je. Tu pun rushing tau sebab suami masa tu bertugas di seberang laut berbulan. Tapi dia nak juga family datang merisik secepat mungkin. Tapi syukur alhamdulillah berkat kerjasama keluarga kedua belah pihak, berjalan lancar urusan kami.

Keluarga suami datang dari Cheras, Kuala Lumpur masa tu bulan mac 2017. Datang bincang dan sarung cincin terus kat rumah aku. Siap bawa buah tangan tau. Belah aku sediakan makanan tengah hari je .. Tapi keluarga mertua kata tak apa la mana yang sempat je hehehe.

Apa pun majlis merisik 'bidan terjun' ni ada moment yang tersendiri bagi aku. Bila tengok muka sendiri kat gambar masa sarung cincin macam orang terpaksa terima pinangan pun ada. Hahaha..

 Boleh la kan ber background kan tangga pun.. Hehehe


Muka aku blur hahaha

Buah Tangan Dari Keluarga Suami 

Buah Tangan Dari Keluarga Suami

Anak Buah Suami



Ok lepas ni aku share lagi kenangan untuk majlis-majlis resepsi, nikah dan lain-lain. Dulu tak berkesempatan. Ni mood rajin dah on kan hehehe. Simpan kenangan la. Majlis bertandang je yang aku dah pernah share kat blog sebelum ni. Nak kalau korang sudi dan rajin, klik lah link ni ye 👉https://faizzahamir.blogspot.com/2018/02/our-wedding-story-fauzeefaizah.html


Ok kita berjumpa lagi next entri ye.. Have a nice day uollss 🌹


4 comments:

  1. cerita begini saya suka baca...

    boleh sangat dijadikan sumber teladan dan inspirasi

    ReplyDelete
  2. nampak kek je sbb nmpk sedap haha. maafkan saya

    ReplyDelete
  3. bestnya jumpa yang serius nak kahwin dengan kita. Simple pun tinggalkan kenangan manis kan? Sedap kek tu hihi

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.