Rezeki Dapat Novel Percuma Dari Novelis - Faizzah Amir

Wednesday, 26 February 2020

Rezeki Dapat Novel Percuma Dari Novelis





Alhamdulillah dapat rezeki novel percuma My Mrs Seventeen dari novelis Ai Indah. Siap ada tandatangan penulis lagi. Lagi specialnya ni first time aku dapat novel dari novelis sendiri. Terharu wehhh...


Orang kata rezeki tak ke mana kan. Kebetulan novelis salah seorang rakan facebook aku, dia up status nak bagi novel dia kat beberapa orang novelis, tapi aku yang cuma blogger suam kuku ni gedik komen juga.. Tapi dah rezeki kan, aku dapatlah memiliki sebuah novel yang bertajuk My Mrs Seventeen ni.

Novel My Mrs Seventeen ni novel pertama hasil karya Ai Indah. Baca sinopsis macam best. Tak sabar aku nak Khatamkan novel ni. Dah khatam nanti aku bagi review kat blog ye.

Kalau korang rasa berminat nak beli novel My Mrs Seventeen ni, boleh la pegi mesej kat Facebook Ai Indah. Kalau tak silap beliau ada beberapa lagi stok novel ni. Kena cepat la, sebab kalau habis tak ada ulang cetak dah katanya. Beli tau tak ada free2 dah. Tak mahal pun. Rm30 je. Kita support karya penulis baru ni.

Apa pun aku berharap semoga novelis Ai Indah sentiasa dilimpahkan rezeki dan semakin success dalam bidang penulisan novel. Teruskan berkarya tau. Untung ada bakat dalam bidang ni. Dulu aku pun pernah berangan nak jadi novelis, tapi terus menjadi angan-angan jela... huhu... Tak apalah, jadi pembeli dan pengumpul novel pun ok what.. Walaupun dah penuh stor ngan kotak - kotak novel aku.. Haha..

Ok korang kita jumpa lagi di lain entri ye.. ❤️


2 comments:

  1. waaaa bestnyaaa dapat hadiah dari novelis tu sendiri! kita pun ada sorang kawan novelis yang bagi novel dia satu masa dulu...rasa kena hargai sungguh2 novel tu..haha

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.