Review Amgras MetaHeld Fan Pro ~ Solusi Untuk Aktiviti Outdoor Ketika Cuaca Panas

 


Aku sebenarnya dah lama beli Amgras MetaHeld Fan Pro Portable Turbo Fan ni. Terpengaruh tengok ramai yang share ada efek cooling gitu,, Time musim raya haritu, biasalah kan nak beraya dengan cuaca yang agak panas dan baju pun ala-ala nak jugak glitz and glam. Kuikuikui,,, Tapi memang berguna la sampai sekarang lagi kalau aktiviti outdoor. Lagi musim panas lit lit ni kan. Dalam hati sempat juga terfikir, kenapa la zaman sekolah dulu tak ada benda ni semua? Melengas dulu tiap kali aktiviti sukan ke apa hahaha...


Apa yang aku suka, kipas ni bukan setakat bagi angin, tapi dilengkapi dengan pelbagai teknologi meh kita cerita sikit,,,,


💨 Super Motor 30,000 RPM

Jangan pandang rendah pada saiz dia. Amgras ni siap ada Hyperdymium™ motor dengan kelajuan sampai 30,000 RPM. Fuh, bayangkan angin dia memang kuat gila – dari breeze lembut-lembut sampai tahap hurricane, korang boleh set ikut suka hati. Total ada 100 level kelajuan, jadi memang senang nak adjust ikut cuaca atau mood. Tak kisah lah au nak angin manja ke, angin ala-ala 'ribut taufan' ke,,,joke joke hehehe 


🔋 Bateri 6000mAh

Ikutkan bateri memang boleh tahan lama laa, tapi bergantung pada penggunaan juga. Memang sesuai kalau pergi picnic, konsert, atau kenduri bila time panas berkuap tu. Sangat membantu lagi bagi kita geng wanita ni gaiss,, Makeup pun maintain je kann...


❄️ Cooling Dengan Teknologi Canggih

Kipas ni guna TEC semiconductor aluminum cold sheet, bila letak dekat kulit, boleh rasa sejuk instantly. Memang next level lah cooling dia, bukan sekadar angin je.


🛡️ Selamat & Bijak

Kalau korang risau bab safety, tak perlu takut. Dalam kipas ni siap ada AI chip yang kawal suhu dan tenaga dengan bijak. Ada protection untuk overcurrent, overpressure, high temperature dan short circuit. Guna dari pagi sampai malam pun kipas ni tak jadi panas. Selamat nak bagi anak pegang pun no hal.


🌀 Reka Bentuk Power – Angin Turbo

Kipas ni guna design curved air duct dengan sistem turbo. Hasilnya? Angin dia memang fokus dan kuat. Kau akan rasa macam ada mini tornado kat depan muka (tapi versi yang best lah, bukan yang terbangkan rumah).


📟 Display LED & Control Wheel

Paling aku suka, dia ada high-definition LED screen yang tunjuk level bateri, speed angin dan semua data real-time. Nak adjust angin pun senang gila dengan speed control wheel – pusing laju, terus angin bertambah. Pusing slow, angin naik sikit-sikit. Memang smooth sangat.


Serius, Amgras MetaHeld Fan Pro ni memang berbaloi sangat. Bukan setakat nampak stylo bila pegang (rasa macam futuristic gitu), tapi fungsi dia macam yang aku story tadi. Kengkawan aku pun ramai dah follow beli ni. Sangat berbaloi laa beli kipas untuk kegunaan keselesaan, dari 'kipas' orang ehhhh,,,,,


Untuk yang berminat nak beli boleh click link di bawah ⤵️

Shopee Mall Amgras 







No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.