Novel Review ~ Maharani

 

                                  Tajuk : Maharani
                             Penulis : Lily Haslina Nasir
                                 Terbitan : Karya Seni


Sinopsis Dari Novel ~~

EDAN ISRAQ - Dahulu nampak perempuan sudah lari satu kilometer. Masjid dan surau tempat dia lepak. Di sana dialah budak tukang bentang tikar dan sejadah. Kalau sesekali datang gila, dirakam video syok sendiri waktu dia menari breakdance untuk YouTube. Seandai ada gadis mahu berkenalan, cepat saja dia tolak. Perempuan yang tabarruj, jangan berangan nak jalinkan ukhuwah. Tapi siapa sangka, laluan takdir menentukan dia menjadi selebriti. Jejaka pemalu, berubah menjadi kekasih idaman setiap wanita.


CAHYA KARTIKA - Seindah pengertian namanya. Kartika bermaksud bersinar, bulan, keteguhan, kebijaksanaan, pengaruh dan kekuasaan. Demikian hidup seorang selebriti yang mesra dipanggil Cahya. Namun kelebihan yang dimiliki membawa kesengsaraan, apabila hati Dida Sandra sentiasa rentung terbakar gara-gara dendam dan iri hati. Sisi jelik dan hodoh hubungannya bersama Alriz, menjadi punca Cahya hampir hilang arah hidup. Bertemu dengan Edan bagai membawa dirinya ke daerah ketenangan yang tidak pernah dirasai.


DIDA SANDRA - Kata orang, perangainya liar. Dia tidak peduli. Cerita orang, ibunya Nuren, pemusnah rumah tangga Datuk Hatta, dia tak ambil pusing pun. Dia tidak pernah kesah

kalau orang bercakap tentang dirinya. Fitnah dan caras-mencaras, mainannya. Lebih dari itu, dia mahu menjadi maharani dalam dunia selebriti. Cahya Kartika, manusia yang perlu dicarasnya. Edan Israq, mungkin akan dipangkahnya juga.


I akan cuba jadi orang yang paling ikhlas. I tak, tak janji untuk jadi sahabat you yang paling baik. Sebab dalam kebaikan belum tentu ada keikhlasan. Tapi orang yang ikhlas, insya-Allah, pasti ada sekecil hama baiknya. - EDAN ISRAQ


Kalau mahu bertahan dalam dunia glamor, jiwa harus kental. Harus kalis fitnah dan tahan dikecam. Semua bersaing dan tidak pernah lelah bermimpi memetik bintang dan bulan. Misi nan satu mahu menjadi maharani dan maharaja. Tersilap langkah, diri mungkin terlupa hakikat; hidup ini sebenarnya untuk sujud pada Allah nan satu. Dan dalam kalut mengejar gelaran maharani, bagai ada yang terlupa mengejar cinta Yang Maha Kuasa...


Edan dengan keikhlasannya, Cahya masih tercari-cari nur yang hilang dan Dida tidak pernah beralah merampas mahkota maharani yang dia idamkan. Milik siapakah mahkota kebanggaan itu akhirnya?


                🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

🍂 Novel ni ada part heavy plot dan buat kau tertanya-tanya apa yang akan jadi seterusnya, dengan kelainan berbanding novel cinta biasa (tu sebab aku tertarik nak beli awalnya), 

Plot twist nya pun langsung aku tak jangka, banyak pengajaran, sentuh isu semasa macam hubungan terlarang, kifarah akibat perbuatan dan lisan. 

Setiap watak sama ada kecil atau besar tetap bagi pengajaran di penghujungnya yang kita bole jadikan ingatan dan muhasabah diri. Contohnya manusia yang baik pun boleh berubah, yang jahat boleh jadi baik, dan jangan terlalu kejar kemasyhuran dunia yang penuh tipudaya sampai hilang maruah diri serta nilai moral, jangan mudah menghukum atau pandang serong orang lain hanya sebab luaran atau latar belakang keluarga mereka sebab bila-bila masa Allah boleh uji kita pula, jadi jadikan pengajaran dan bertaubatlah selalu sebab kita semua pendosa harian.


No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.