Joi Natural Deodorant ~ My Little Home Day Treat
Lately ni mood santai-santai je. Ada masa terluang jenjalan, kadang healing kat rumah layan streaming apps pun dah cukup bahagia. Tapi yang penting kat rumah pun aku still try untuk jaga diri — luar dan dalam. Nak wangi walaupun kat rumah? Yes, please! Salah satu benda yang buat aku rasa “eh, okay la hari ni” adalah bila aku sapu deodorant Joi. Simple, tapi self-care yang bagi kesan besar.
Untuk yang belum kenal, Joi Natural Deodorant ni ialah deodorant tempatan (yes, made in Malaysia!) yang diperbuat daripada bahan semula jadi. Aku pakai yang Rose & Geranium, sangat lembut baunya, rasa feminin, rasa tenang. Buat aku rasa classy beb. Tapi yang bestnya, Joi bukan ada satu je bau tau. Antara pilihan lain:
🪻 Bergamot & Lavender – soothing & fresh, sesuai untuk yang suka vibe calm.
🍃 Eucalyptus & Mint – so fresh, macam baru keluar spa.
🪵 Cypress & Sandalwood – yang ni suami aku punya, maskulin dan classy.
❄️ Unscented – sesuai untuk kulit sensitif, tak ada bau langsung.
Deodorant ni salah satu antara koleksi deodorant yang aku ada, tapi aku hanya guna bila ada chill day atau aktiviti santai kat rumah. Bukan sebab tak bagus — tapi sebab aku ni jenis kuat berpeluh, so untuk aktiviti heavy duty, aku guna heavy duty juga la. Tapi kalau untuk duduk rumah, pergi beli groceries, atau nak rasa “wangi sendiri” time lipat kain — Joi is perfect.
Apa yang best pasal Joi ni? Banyak. Let me list it smartly:
🔶 Aluminum & Paraben Free – takde bahan pelik-pelik yang boleh rosakkan kulit.
🔶 100% Natural Ingredients – rasa yakin nak guna setiap hari.
🔶 Enriched with Magnesium & Probiotics – bantu neutralize bau badan tanpa sekat peluh.
🔶 Lightens Armpit Skin – ni bonus yang aku suka. Tak semua deodorant ada.
🔶 Roll-On Liquid Formula – senang sapu, cepat serap.
🔶 Tahan Sampai 3 Bulan – jimat, sebotol kecil tapi tahan lama.
🔶 Vegan & Cruelty-Free – tak diuji pada haiwan, sesuai untuk yang conscious.
🔶 Made in Malaysia with Love – bangga sokong produk tempatan.
Honestly, aku ni sejenis yang mudah rasa happy bila dapat sesuatu yang memuaskan hati termasuk dalam hal kecil macam deodorant ni. Hahaha,, Macam orang cakap bahagia cara kita kan. And yes, even when I’m just chilling at home, smelling good gives me a small but mighty boost of confidence.
Aku ni memang suka sangat buat koleksi benda-benda yang melibatkan penjagaan hygiene ni. Dari hujung rambut sampai hujung kaki tau. Nanti banyak lagi nak cerita koleksi aku dalam artikel yang akan datang. Step by step. Sabauu,,,
Apa pun penggunaan deodorant ni memang penting dalam kehidupan seharian kan. Kalau kau anggap tak penting jadi la berbau kepam macam watak 'Nuha' dalam drama 'Dia Bukan Syurga' yang tengah trending kat channel Astro Ria tu kan,, hehehe
Conclusion?
Joi bukan sekadar deodorant, it’s part of my healing, pampering, and self-love routine. Bau sedap, bahan selamat, dan dari brand lokal yang genuinely bagus. Kalau kau tengah cari deodorant yang gentle tapi power, Joi deserves a spot in your drawer.
Kalau korang nak usha-usha sendiri rangkaian produk Joi, boleh click je link bawah ni ⤵️
boleh la try nanti...saya susah betul nak cari deodarant yang sesuai
ReplyDeleteBoleh try ni sis ada banyak pilihan bauan tapi sama benefit
Delete