Rasa Syukur Kunci Ketenangan

 


Kadang-kadang kan, dalam sibuknya hidup kita kejar itu ini, kita terlupa satu perkara paling basic iaitu rasa syukur. Sedangkan, kalau kita betul-betul hayati, bersyukur tu bukan sekadar ucapan “Alhamdulillah” lepas dapat benda yang kita suka. Syukur tu sebenarnya lebih dalam dari tu. Ia adalah sebahagian cara pandang kita terhadap kehidupan.


Kita selalu rasa tak cukup. Tengok orang lebih sikit, kita pun dok kalut mula bandingkan dengan diri kita. Padahal, ketenangan tu sebenarnya datang bila kita sedar betapa cukupnya hidup kita ni, walaupun nampak biasa-biasa.


Pernah tak satu hari tu semua urusan kita jadi mudah sangat, contohnya parking senang, jumpa orang semua baik-baik, urusan selesai tanpa stress. That’s a blessing. Itu pun satu nikmat yang patut kita syukuri. Tapi kadang kita tak sedar. Kita anggap benda tu biasa, padahal ada orang lain yang struggle teruk untuk lalui hari yang sama.


Benda kecil pun boleh jadi besar bila kita pandang dengan mata hati. Macam bila ada orang tolong bukakan pintu, tolong jaga anak kita sekejap, atau bagi kata-kata semangat time kita down. Sekecil-kecil khidmat orang lain tu sebenarnya boleh jadi sangat besar kesannya dalam hidup kita. Mungkin bukan hari ini, tapi mungkin esok, lusa, atau satu hari nanti. Kalau aku la kan, orang layan dengan baik bila whatsapp, tak sidai bagi bluetick pun dah buat aku rasa tenang. 


Jangan pandang rendah dengan nikmat yang nampak kecil. Jangan juga memperkecilkan apa yang kita ada atau orang lain. Setiap daripada kita kat dunia ni ada peranan masing-masing. Ada yang pandai berkata-kata, ada yang hebat buat kerja belakang tabir. Ada yang jadi penyeri dalam hidup orang lain tanpa dia sendiri sedar. Semua tu anugerah dan pinjaman dari Allah. Yang rasa dia punya kelebihan, syukur dan jangan menghina orang lain yang dirasakan serba kekurangan. Kadang kita tak nampak, dia ada kebaikan dan kelebihan yang Allah anugerahkan pada dia. 


Kalau kita tak bersyukur dengan apa yang ada, dan mula memperkecilkan orang lain, secara tak langsung kita sedang memperlekehkan ciptaan Tuhan. Sedangkan setiap satu dari kita diciptakan dengan kelebihan yang berbeza-beza. Kita mungkin tak hebat macam orang lain, tapi kita ada keistimewaan sendiri yang Allah bagi khusus untuk kita. Dan itu patut kita hargai.


Bersyukur ni bukan buat kita berhenti berusaha. Tapi ia buat kita lebih tenang dalam usaha. Bila hati bersyukur, kita tak mudah iri. Kita jadi lebih redha dan dalam masa yang sama lebih kuat melangkah sebab kita tahu setiap langkah kita itu ada nilainya di sisi Allah.


Jadi, bersyukurlah. Untuk hari yang tenang. Untuk kesihatan akal fikiran. Untuk orang-orang baik di sekeliling. Dan untuk setiap perkara kecil yang selama ni kita tak perasan, tapi sebenarnya sangat besar maknanya dalam hidup kita.



2 comments:

  1. banyak perkara yang kita perlu syukuri sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. Bersyukur dalam semua perkara kan...terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.