Salam Maal Hijrah 1447H
Salam Maal Hijrah 1447H. 1 Muharam 1447H. Sekejap rasa masa berlalu sekarang ni. Tahu-tahu kita dah melangkah ke tahun baru Islam.
Alhamdulillah, berkesempatan bersama keluarga membaca doa awal tahun hijrah selepas solat Maghrib. Semoga tahun baru ini memberi rahmat, kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua, insya-Allah.
Maal Hijrah bukan sekadar menandakan perubahan angka dalam kalendar Islam, tetapi lebih utama ia menjadi detik refleksi diri. Hijrah yang sebenar adalah perubahan ke arah yang lebih baik — bukan hanya dari segi luaran, tetapi juga dalaman. Setiap daripada kita punya ruang untuk memperbaiki diri, dan langkah pertama adalah dengan mengenal pasti serta membuang sikap buruk yang masih bersarang dalam diri.
Perubahan tidak semestinya drastik, tetapi biarlah ia konsisten dan ikhlas. Kita mulakan dengan memperbaiki akhlak, mempertingkatkan amal ibadah, menjaga tutur kata, dan lebih peka terhadap tanggungjawab sebagai hamba Allah. Semoga setiap usaha kecil yang kita lakukan hari ini menjadi asbab kebaikan yang berterusan untuk hari-hari mendatang.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1447H. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus melangkah, berhijrah dan membina diri menjadi insan yang lebih baik.
salams maalhijrah
ReplyDelete