Review Novel ~ Suamiku Pemalu









                    Tajuk : Suamiku Pemalu
                      Penulis : Qistina Alya
                    Terbitan : Penulisan2u

Sinopsis Dari Novel ~~

SAHIRUL HAKIMI - Dia sememangnya lelaki pemalu! Peristiwa lampau membuatkan dia malu berhadapan dengan perempuan. Nampak sahaja perempuan, dia akan tertunduk hingga merah pipinya. Namun, hatinya ada pada Farisha Alya. Kebahagiaan mula menyinar pada saat pinangannya diterima.

"Kenapa awak terima saya, ya?" 
"Sebab awak pemalu!" 

FARISHA ALYA - Pinangan Irul diterima ikhlas. Dia nekad membina gerbang cinta bersama suami yang pemalu itu.

Irul bukanlah seorang pakar cinta. Tetapi Irul belajar untuk menjadi seorang pencinta yang mampu membahagiakan orang yang dicintai.

" Sayang, duduklah dalam troli ni. Biar abang tolak." 
"Mengarutlah abang ni. Isha dah besarlah. Takkan nak duduk dalam tu lagi. Macam budak-budak aje."
"Hehe, gurau ajelah sayang."

Bermulalah episod cinta sang suami dan sang isteri.

Tetapi, bukan rumah tangga namanya tanpa disentuh badai. Kedegilan dan kesilapan Farisha Alya telah mengundang amarah Sahirul Hakimi hingga membawa babak duka dalam perhubungan mereka.

Rajuk Alya meresahkan Sahirul Hakimi. Mampukah dia yang pemalu itu kembali memikat isterinya?


                      🌼🌼🌼🌼
🎭 Novel ni simple je tapi padat bagi aku. Suka watak Irul, si suami pemalu tapi berusaha nak bahagiakan isterinya Isha. Ada je kejutan nak gembirakan isteri. Bukan takut bini tau, tapi ni tentang effort nak bahagiakan orang tersayang kan hehehe.. Isya yang degil, manja, kuat merajuk. Ada juga part sedih dalam novel, dugaan rumahtangga biasa la kan. Walaupun si Irul ni pemalu, tapi korang boleh nampak bila baca novel sifat penyayang dan melindungi tu. Tak tau la ada jual lagi ke tak novel ni, dah bertahun juga rasanya. Aku pun jumpa dalam kotak tiba-tiba rasa nak baca balik la. Hehehe... 

2 comments:

  1. layan2 baca sambil senyum, hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. Rajin betul Faizzah baca Novel...tapi yang ni tajuknya alahaii...Suamiku Pemalu juga hehehehehe

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.