Novel Review ~ Tundukkan Playboy Itu





                 Tajuk : Tundukkan Playboy Itu

                        Penulis : Anjell

                  Terbitan : Karya Seni


Sinopsis Dari Novel ~~

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.


" I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi... kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja." - HARRAZ NAUFAL


Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!


" Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti." - NURIN AREESA


Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya. Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat. 


" Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu." - PUAN SRI ROSELL


Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin? 


              🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻


🎭 Novel Anjell memang berulang la baca tak jemu. Novel ini pernah diadaptasikan dalam bentuk drama di Slot Akasia TV3 pada tahun 2016 lakonan utama gandingan Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose. Apa pun pengajarannya jangan mudah cakap tak suka, confirm lama-lama jadi suka! Heeee... 




No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.