Kurangkan Tanda Penuaan Pada Wajah dengan SNP ~ Gold Collagen Ampoule Mask

 

Hai korang? Dah tidur ke tu? Jap jap..kalau belum tidur tu, meh singgah kejap baca entri terbaru aku ni. Apa benda yang korang suka buat sebelum tidur? 


Macam aku salah satu benda yang aku suka buat sebelum tidur pakai sheet mask. Rasa nyaman je, tapi after 20 minute jangan lupa buka ye korang. Lepas tu terus tidur pagi tu bangun rasa lembut je kulit. 



Sambil menepek sheet mask ni, aku nak recommend sheet mask yang aku guna malam ni. SNP ~ 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐂𝐨𝐥𝐥𝐚𝐠𝐞𝐧 𝐀𝐦𝐩𝐨𝐮𝐥𝐞 𝐌𝐚𝐬𝐤. 

Ianya mengandungi emas 24K dan meningkatkan penyerapan kolagen untuk memulih daya tahan kulit dan mencegah penuaan.


Sheet mask ini juga mengandungi fish skin collagen yang membentuk struktur kulit, memberikan kelembapan pada kulit untuk mengelakkan dehidrasi, juga berkesan untuk menganjalkan dan melembutkan kulit. 


Yang aku suka juga mengenai sheet mask ini juga jenis dari cellulose sheet yang melekat elok pada kulit tanpa berkedut, so selesa sangat bila pakai tu sambil nak buat aktiviti pun boleh ye sebab dia tak jatuh atau bergerak ke apa. Best kannn...


Ok kat sini aku list kan lagi antara kelebihan SNP ~ Gold Collagen Ampoule Mask ⤵️


🌟 Menenangkan kulit

🌟 Mengurangkan garis halus dan tanda penuaan 

🌟 Menganjalkan kulit 

🌟 Melembapkan kulit

🌟 Menyegarkan kulit


Macam aku ni selalu kulit macam tak bermaya je, since guna sheet mask ni memang nampak perubahan nampak fresh je bila bangun pagi. Moga bila konsisten guna ni dapat lah awet muda sikit hehehe..biasa lah kan umur dah lingkungan 30an ni kena banyak jaga, selain dari pemakanan sihat dan sebagainya. 



Apa pun umur cuma sekadar angka gaisss..jom lah cuba SNP ~ Gold Collagen Ampoule Mask ni. Untung beli sekotak ada 10 sheet. Boleh dapatkan di Sasa atau Guardian. Selamat mencuba! 





No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.