Urban Decay Eyeshadow Primer Potion | Eyeshadow Primer Anti Penuaan

 


Hai semua. Hari ni nak cerita pasal produk makeup lagi. Aku ni bab makeup memang tak berseni, tapi tetap gedik nak mencuba macam-macam juga hehehe...

Entri sebelum ni pernah story pasal eyeshadow kan. Boleh baca SINI

Ok ni nak cerita pasal primer untuk eyeshadow pula. Dulu aku tak ambil port langsung pasal primer ke apa ni. Masa MUA aku dok solek, aku tanya la kat dia kenapa aku ni kalau pakai eyeshadow macam tak mau lekat color tu dan bercapuk pun ye. Tu dia suruh guna primer dulu baru tepek eyeshadow.

So survey2 kat Sephora nun aku try la beli Eyeshadow Primer Potion dari brand Urban Decay. Sebab aku pilih hat ni sebab rasa dia paling murah kat Sephora kot bajet bawah seratus. Ada dua size sebenarnya. Aku pilih yang travel size je ni.


Dah cuba banyak kali puas hati juga hasilnya walaupun harga sangat berbaloi tu terus nak share sini kan.

Selain daripada primer untuk buat eyeshadow tahan lama seharian, Urban Decay Eyeshadow Primer Potion ni juga banyak kebaikan nya tau. Antaranya aku ada listkan kat bawah ni ~~

⭐ Ianya anti penuaan, mengandungi bahan-bahan berteknologi tinggi melawan kedutan dan memperbaiki tekstur.

⭐ Bebas lipatan, warna yang lebih cerah dan aplikasi yang lebih halus.

⭐ Bebas paraben.

⭐ Mengurangkan kemerahan

⭐ Membantu mencegah dan memperbaiki kedutan dan tanda-tanda kerosakan lain yang berkaitan dengan usia

⭐ Dermaxyl® membantu melicinkan penampilan k, dan Kalpariane® menghaluskan, menegangkan dan menghidrat kulit.

⭐ Diformulasikan dengan teknologi polimer, menutup segala ketidaksempurnaan pada permukaan kulit




Banyak kan kelebihan nya, salah satu yang aku suka juga dengan Urban Decay Eyeshadow Primer Potion ni applicator yang mudah digunakan, saiz tiub yang mudah dibawa ke mana saja. Biasa lah orang perempuan kan, dalam handbag macam-macam ada. So saiz yang macam ni memang memudahkan sangat-sangat..

Korang nak cuba? Klik je terus link ni ⤵️
Urban Decay - Eyeshadow Primer Potion - Original https://www.sephora.my/products/urban-decay-eyeshadow-primer-potion-original





4 comments:

  1. laaa..baru tahu kena guna primer kat mata. ptt la kdg letak eyeshadow, mcm tak mo lekat. rupanya kena buh ni dulu. adeh. ketinggalan lah part2 ni..

    ReplyDelete
  2. eh serious la primer dekat mata ! haha tak pernah tau

    ReplyDelete
  3. akak ni malas guna primer mata hehehhe, sejenis nak cepat je heheheheh

    ReplyDelete
  4. nak beli la untuk raya nih

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.