Perasmian Kempen Penjenamaan OK Group untuk pesawat AirAsia A320


Perasmian Kempen Penjenamaan OK Group untuk pesawat AirAsia A320

Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan AirAsia Berhad bagi kempen penjenamaan OK Group di atas pesawat AirAsia A320

SENAI, 21 November 2019 - Orang Kampung Corporation (M) Sdn Bhd (OK Group) hari ini mengumumkan kerjasama kempen penjenamaan bersama AirAsia Berhad sebagai rakan media di atas pesawat A320 di Malaysia.

Kempen penjenamaan di atas pesawat AirAsia ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan OK Group, En. Habibul Ajmi bin Datuk Hj Manggar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, hari ini.

Istimewanya penjenamaan di atas pesawat AirAsia A320 ini, ia menampilkan logo Minuman Tenaga Longjack dan Kacip Fatimah merupakan 100%, tulen, keluaran Malaysia dan kini boleh didapati di semua pesawat AK AirAsia.

Pengarah Urusan OK Group Encik Habibul Ajmi berkata, " Dengan Kejayaan penjenamaan pesawat ini, OK Group melihat ini sebagai peluang untuk bekerjasama dan berganding bahu bersama syarikat yang telah memenangi anugerah World's Best Low Cost Airline, sebagai strategi penjenamaan korporat bagi tahun 2019 sehingga 2021. Kerjasama bersama pesawat komersial merupakan satu langkah yang tepat dan jitu untuk strategi penjenamaan kami dan berharap ia akan membuka lebih lagi peluang untuk OK Group mengembangkan pasaran dan juga strategi pengiklanan jangkamasa panjang. Tambahan pula, OK Group melihat peluang ini akan membuka lebih kebolehpasaran bagi produk OK, sekaligus melonjakkan nama OK Group ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif penjenamaan ini adalah untuk mengembangkan potensi perniagaan dan juga meningkatkan nilai jenama OK, domestik dan juga antarabangsa".

Untuk rekod, OK Group telah menceburi bidang perniagaan kesihatan, makanan dan minuman selama lebih 40 tahun. Diasaskan pada tahun 1975 oleh Allahyarham Datuk Haji Manggar B. Haniff, OK Group bermula secara kecil kecilan, menghasilkan produk kesihatan tradisional untuk penduduk dan pasaran seluruh Melaka, ia kini diiktiraf sebagai jenama yang terkenal di Malaysia khasnya, dan pasaran Antarabangsa, amnya.









Ketika sesi soal jawab bersama media



Sesi pelancaran


Pengarah Urusan OK Group, Encik Habibul Ajmi bin Datuk Haji Manggar








No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.