Travel Jimat Ke Korea Tanpa Tour Guide

Travel Jimat Ke Korea Tanpa Tour Guide 


Ramai orang Malaysia ni suka sangat travel gi Korea, mungkin ni atas factor Korea Drama dan kpop kot. Tak dinafikan Korea merupakan satu negara yang patut kita pergi. Bukan sebab pengaruh Korea Drama semata-mata, tetapi kerana budaya yang mereka ada patut dicontohi oleh kita as Malaysian. Aku sukakan Korea ni pun sebab budayanya lebih kurang dengan Jepun. Dan kos ke Korea sebenarnya lebih rendah berbanding ke Jepun. Malah ke Korea ni sebenarnya boleh je pergi tanpa tour guide atau ambil pakej. Cuma yang penting kita kena berani dan buatlah homework sikit benda-benda yang penting. Penting tau planning dan buat homework sebelum travel mana-mana pun. Barulah percutian korang perfect dan akan jadi kenangan terindah sampai bila-bila kannn..

🌸 Buat bajet
Aku boleh katakan kalau kita pergi Korea ni bajet kita around RM2500 je termasuk semua benda. Malah kalau kita bijak planning, boleh lagi rendah daripada tu. Senang cerita, letakkan bajet utama kita dulu lepas tu lebihkan sedikit untuk kes-kes kecemasan dalam RM200 kot.

🌸 Pilih musim yang sesuai
Seperti yang kita tahu, Korea merupakan salah satu negara yang ada 4 musim. Selalunya orang sangat suka, pergi musim bunga sebab cantik. Namun begitu, tiket flight musim bunga ni agak mahal. Sekiranya pergi musim lain return tiket tanpa luggage boleh dapat around RM600 je tetapi kalau pergi musim bunga ni tanpa luggage pun dah RM800 lebih macam tu. Bergantunglah pada bajet kita sebenarnya, kalau masih dalam range bajet takde masalah pun. Aku boleh cadangkan cuba pergi musim luruh yang dah hampir dengan winter, orang kata best dan cantik sangat.

🌸 Flight tiket
Belilah tiket flight masa promo, sangat berbaloi. Dan jangan lupa untuk comparekan harga kalau kita plan nak bawa luggage sebab Airasia tak include luggage. Ramai yang kadang-kadang lupa nak comparekan harga bila dah include luggage ni sebab dah terlalu focus sangat dengan harga promo. Kalau beza terlalu sikit, kalau airlines lain lebih selesa dari segi ruang dan lain-lain, lebih baik pilih airlines tersebut. Yelah flight ke Seoul 6 jam kot, mesti kita nak yag selesa. Selalunya kalau pergi Korea memang better ada luggage supaya mudah kalau kita ni kaki shopping. So pastikan harga dah tambah luggage tu berbaloi untuk kita. 

🌸 Airport transfer
Jangan pandang sebelah mata tau pasal airport transfer ni sebab ia sangat membantu kita kalau nak jimat ni. Kalau travel dalam group kecil boleh beli KLIA Transit ticket promotion dekat Traveloka. Serius sangat berbaloi, rugi kalau korang tak cuba beli tiket KLIA Transit dekat Traveloka. Kalau pergi group ramai sikit pula korang boleh book cheap airport taxi online dekat Traveloka juga. Senang cerita nak dapatkan airport transfer murah boleh beli dekat Traveloka. 

🌸 Penginapan
Kalau pergi Korea pemilihan penginapan benda yang paling penting. Silap pilih kawasan, memang agak sakit lah. Elakkan stay dekat Itaewon, walaupun situ mudah untuk dapatkan makanan halal tetapi bagi aku tak sesuai untuk stay sebab kawasan jenis yang banyak sangat bukit. So, kalau bawa luggage sakit lah sikit nak seret naik bukit tu. And better carilah tempat yang berdekatan dengan subway station sebab sangat mudah untuk kita bergerak nanti. Aku prefer untuk cari area Myeondong sebab tu area tumpuan pelancong. Dan kalau jenis nak jimat ruang beg, korang boleh cari Airbnb yang sediakan mesin basuh, so baju tak payah bawa banyak sangat.

🌸 Beli tiket aktiviti online
Kalau nak cari tiket aktiviti, boleh beli siap-siap online. Banyak website yang ada tawarkan harga yang sangat berbaloi. Salah satu yang memang orang selalu guna adalah klook sebab harga dia memang murah sangat dan akan memudahkan kita juga nanti. Contoh tiket yang boleh beli dekat klook macam Everland Theme Park dan Lotte Theme Park.

🌸 Gunakan Pass Discovery Seoul
Benda ni memang sangat-sangat membantu, lagi-lagi kalau kita beli yang untuk 72 jam. Banyak tempat yang boleh kita pergi tanpa beli tiket lagi. Kalau mampu cuba maximize kan kegunaan pass ni, pastikan kita rasa puas sangat.


Sumber foto ~ Traveloka



Sumber foto ~ Traveloka

Garden of Morning Calm
Sumber foto ~ Traveloka

Menara N Seoul 
Sumber foto ~ Traveloka

Lotte World
Sumber foto ~ Traveloka

Sumber foto ~ Traveloka

Sumber foto ~ Traveloka

Everland Theme Park 
Sumber foto ~ Traveloka

Everland Theme Park
Sumber foto ~ Traveloka

P/s ~ saja aku up kan gambar-gambar kat atas ni bagi korang lagi rasa teruja dan tak sabar-sabar nak travel ke Korea. So apalagi plan lah sikit-sikit dari sekarang. Pastikan dengan Traveloka tau!! 👍👍

3 comments:

  1. wow! detailnya, terima kasih atas perkongsian.
    boleh simpan untuk akan datang.

    ReplyDelete
  2. hmmm..ain belum penah lagi ke korea...hehehhe..

    ReplyDelete
  3. memang dah popular kan travel ke korea sekarang ni ^_^

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.