Paradigm Mall Johor Bahru meraikan ulang tahun ke-2 bertemakan Fabulous 2 yang menakjubkan! - Faizzah Amir

Sunday, 24 November 2019

Paradigm Mall Johor Bahru meraikan ulang tahun ke-2 bertemakan Fabulous 2 yang menakjubkan!



Johor Bahru, 24 November 2019 - November ini, Paradigm Mall Johor Bahru akan menyambut ulang
tahun yang ke-2 dan pelbagai aktiviti serta promosi hebat menanti anda seisi keluarga! Sambutan Fabulous
2 ini akan bermula dari 25 November 2019 sehingga 1 Januari 2020, menawarkan pengunjung dengan
pelbagai hadiah menarik lebih daripada RM88,000 apabila mereka membeli-belah di Paradigm Mall Johor
Bahru.

Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Management, Selena Chua berkata, “Sejak pembukaan secara rasmi
pada bulan November 2017, Paradigm Mall Johor Bahru telah menjadi destinasi pusat beli-belah, tempat
makan dan hiburan buat pengunjung tempatan mahupun rakyat Singapura. Kami amat menghargai
sokongan daripada pihak pengunjung serta kedai-kedai yang terlibat sehingga ke hari ini.”

Sambutan Fabulous 2 bakal menyaksikan pelbagai jenis aktiviti menjelang sambutan Hari Krismas dan
Tahun Baharu. Antaranya termasuklah kempen The Christmas Advent Calendar, Shopaholic of the Day
dan Cupcake Giveaway.

Kata Selena lagi, “Kami amat teruja untuk meraikan ulang tahun yang ke-2 Paradigm Mall Johor Bahru.
Bagi meraikan majlis yang riang gemilang ini, kami telah mengaturkan beberapa aktiviti serta hadiah yang
menarik buat pengunjung kerana kesetiaan dan sokongan mereka yang tidak terhingga selama ini.”

The Advent Calendar
Diinspirasikan oleh ‘Christmas Advent Calendar’ yang popular, pengunjung harus berbelanja sekurang-
kurangnya RM112.80 dalam satu resit untuk memenangi ganjaran dan hadiah eksklusif bermula dari 25
November ke atas.*

Shopaholic of the day
Perhatian buat anda yang sakan membeli-belah! Pusat beli-belah ini akan memberikan ganjaran kepada
tiga pengunjung yang paling banyak berbelanja dalam sehari dengan hadiah-hadiah hebat seperti Iphone
11, Ipad Air, Huawei Mate 30 dan Pengering Rambut Dyson sepanjang bulan November dan Disember
ini.*

Cupcake Giveaway
Bersempena dengan ulang tahun ke-2 Paradigm Mall Johor Bahru, pengunjung juga bakal menerima kek
cawan buatan tangan dengan corak yang menarik pada 28 November 2019.*

Pastikan anda ingat akan tarikh ini dan berkunjung ke Paradigm Mall Johor Bahru untuk memenangi
hadiah-hadiah menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti, layari laman web dan platform media sosial pusat beli-belah ini seperti berikut :

Laman Web
Paradigm Mall JB: www.paradigmmall.com.my/jb

Facebook:
Paradigm Mall JB: https://www.facebook.com/ParadigmJB

Instagram:
Paradigm Mall JB: https://www.instagram.com/paradigm.jb/

*Tertakluk pada terma dan syarat


Mengenai WCT Malls Management Sdn Bhd
WCT Malls Management Sdn Bhd, merupakan anak syarikat kepada WCT Holdings Berhad dan telah diperbadankan
pada 2015 terutamanya bagi mengendalikan rangkaian pusat beli-belah di bawah WCT Group, iaitu Paradigm Mall
Petaling Jaya, Paradigm Mall Johor Bahru, gateway@klia2, dan Subang Skypark. WCT Holdings Berhad telah
disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

No comments:

Post a comment

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.