Salam Ramadhan 1447H/2026M

 


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sekali lagi Allah beri peluang untuk kita bertemu dengan bulan yang penuh rahmat ini. Ramadhan datang lagi, membawa seribu makna, seribu peluang untuk kita perbaiki diri perlahan-lahan, tanpa perlu jadi sempurna.

Fiza nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat Islam di mana pun berada. Semoga Ramadhan kali ini lebih tenang dari sebelumnya, lebih lembut pada hati kita, dan lebih dekatkan kita dengan Allah.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan setiap urusan harian, dilapangkan rezeki dan diluaskan kesabaran. Moga setiap doa yang terbit dari hati, setiap sujud yang panjang, setiap amal kecil yang kita lakukan, Allah pandang dengan kasih dan terima dengan rahmat-Nya.

Di kesempatan ini juga, Fiza ingin memohon maaf jika sepanjang penulisan di blog ini ada tersilap kata, ada ayat yang mungkin tanpa sedar menyentuh hati sesiapa. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah, dan segala kekurangan itu adalah daripada diri Fiza sendiri.

Terima kasih kerana masih sudi singgah, membaca dan menyokong. Kehadiran korang di ruang kecil ini sangat Fiza hargai.

Semoga Ramadhan ini menjadi titik mula yang lebih indah untuk kita semua.

Jumpa lagi di entri seterusnya, in sya Allah,,,

No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.