Wayang Throwback ~ 50 First Dates (2004)
Credit picture to ~ Pinterest : abbytodd12
Cuti panjang ni kan tiber rasa nak ulang layan movie ni. 50 First Dates. Ramai je dah tengok kan. Salah satu movie kegemaran aku dan antara yang diingati. Dia macam random feeling tau layan movie lama ni. Old movie, yes. Tapi vibe dia? Timeless. Soft, funny, romantic tapi tak terlalu berat.
Movie ni cerita pasal Henry, lelaki yang awalnya bagi aku macam commitment-phobic, dan Lucy yang ada short-term memory loss. Setiap pagi bila Lucy bangun, dia akan lupa apa yang jadi semalam. Which means,,, Henry kena buat dia jatuh cinta every single day.
Korang bayangkan.....
Setiap pagi jadi reset button. No progress saved.
Kalau orang lain mungkin give up. Tapi Henry? He chose to stay, to try. Again and again. That’s not just romance. That’s dedication.
Apa yang aku paling suka, movie ni tak over dramatic. Dia light, ada funny moments yang buat kau gelak, tapi mesej dia quietly powerful.
Henry bukan perfect guy. Dia pun ada flaws. Tapi bila dia betul-betul jatuh cinta, dia berubah bukan sebab dipaksa, tapi sebab dia mahu.
That’s the thing about real love. It matures you. It softens you. It makes you braver than you thought you could be.
Kadang kita fikir cinta tu butterflies and ayat sweet muwit je. Tapi ianya tentang consistency, effort, bila kita tetap pilih orang yang sama, even pada hari-hari yang rasa berat dan serabut.
Pengajaran yang aku dapat dalam movie ni juga ialah 'terima seadanya pasangan kita' .
Part ni yang paling melekat dalam hati aku.
Lucy ada limitation dari segi memori. Tapi itu tak pernah buat dia kurang layak untuk dicintai. Henry tak nampak dia sebagai “beban”. Dia nampak dia sebagai seseorang yang istimewa.
Dan aku rasa mesej movie ni sangat clear. Setiap orang ada keistimewaan tersendiri. Mungkin orang luar cuma nampak kekurangan.
Maybe they only see what’s missing.
But the right person? They see what’s special.
Mungkin cara kita caring. Mungkin cara kita stubborn tapi setia. Mungkin cara kita tak mudah give up walaupun pernah dipandang rendah. Itulah sebabnya kita diterima. Sebab benda-benda kecil yang orang lain tak nampak, tapi pasangan kita nampak clearly.
We don’t have to become someone else just to earn love. Tak perlu ubah diri semata-mata nak dapat validation. Tak perlu pretend jadi “lebih dari orang lain” hanya supaya kita diterima.
Cinta sebenar ialah bila seseorang melihat kekurangan pasangan sebagai satu kelebihan. As something unique. As something rare.
Dan bila kita jumpa orang yang boleh terima kita exactly as we are, that’s when love feels safe.
Aku juga antara orang yang pernah anggap grand gestures tu paling romantic. Surprise trip, hadiah mahal, big promises. Tak salah pun semua tu. Cara masing-masing menghargai orang tersayang. Tapi salah satu pengajaran boleh ambil dalam movie ni, romantic part dia sebenarnya pada consistency. Henry hadir. Hari-hari. Walaupun Lucy tak ingat semalam. Dia tak penat untuk explain balik. Tak penat untuk mula balik. And that, to me, is powerful.
Dalam real life, mungkin kita tak perlu ulang first date setiap hari. Tapi kita kena ulang effort. Ulang sabar. Ulang choose pasangan kita, especially on the days when ego wants to win.
At the end of the day, the right love won’t make you feel small. Ianya buat kita rasa dihargai dan percaya dengan kelebihan diri. Selalulah jadi diri sendiri tanpa perlu takut kita tak cukup baik untuk pasangan. Bukan bermakna tak perlu ubah diri jadi lebih baik, upgrade diri sebab nak jadi versi yang lebih matang dan tenang, bukan sebab terpaksa jadi orang lain demi puaskan hati sesiapa.



Post a Comment