Shopee dan POP MART Lancar Siri “Twinkle Twinkle Savor The Moment” dengan Maraton Shopee Live Eksklusif, Hadiah Giveaway dan Hadiah Dengan Pembelian (GWP)
Shopee Malaysia bekerjasama dengan POP MART untuk melancarkan koleksi ‘Twinkle Twinkle Savor The Moment Series’ Figures dan Fresh-Baked Mini Cookies Plush Pendant yang dinanti-nantikan pada 30 September 2025. Bagi meraikan pelancaran ini, peminat boleh menyaksikan maraton Shopee Live eksklusif yang menawarkan restok mengejut, peraduan giveaway istimewa serta hadiah dengan pembelian (GWP) di Kedai Rasmi POP MART di Shopee Mall.
Siri terbaharu ini menampilkan 10 watak Twinkle Twinkle yang mempesona, setiap satunya dihasilkan dengan unsur penceritaan dan rekaan ikonik POP MART. Bertemakan keberanian semasa menghadapi kesukaran, siri ini memaparkan watak-watak menikmati detik-detik harian, umpama menambahkan adegan buku cerita dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, restok terhad bagi Twinkle Twinkle Sweet Dreams Forecast Series - Plush Pendant Blind Box akan kembali, memberi peluang eksklusif kepada pengumpul untuk melengkapkan koleksi mereka.
Maraton Shopee Live akan bermula pada 30 September, jam 11:00 pagi di akaun rasmi POP MART dalam halaman Shopee Live, dengan penampilan khas oleh pencipta kandungan Luwis Tan (@luwistann) pada jam 7:30 malam. Peminat boleh menantikan restok eksklusif yang hanya ditawarkan menerusi siaran langsung serta berpeluang memenangi hadiah giveaway eksklusif Shopee seperti ‘Twinkle Twinkle Classic Series - Goodnight Pat-activated Lamp’ dan ‘Twinkle Twinkle Savor The Moment Series’ Figures. Sebagai sambungan acara, Shopee juga akan mengadakan siaran langsung khas POP MART di akaun @shopeemamak pada jam 9:30 malam, di mana enam pemenang bertuah berpeluang membawa pulang figura ‘Twinkle Twinkle’ dengan pembelian minimum.
Selain maraton Shopee Live, peminat juga boleh menebus hadiah eksklusif GWP berdasarkan pembelian, di mana:
30 pembeli pertama dengan perbelanjaan minimum RM300 akan menerima blind box rawak daripada mana-mana siri watak POP MART;
100 pembeli pertama dengan perbelanjaan minimum RM199 akan menerima ‘123! Twinkle-Twinkle Series’ Shaker Keychain;
100 pembeli pertama dengan perbelanjaan minimum RM399 akan menerima ‘Twinkle Twinkle Be a Little Star Series’ - Multilayer Structure Rotating Refrigerator Magnet.
Sertai maraton siaran langsung di Shopee Live untuk meraikan pelancaran ‘Twinkle Twinkle Savor The Moment Series’ Figures (Kiri) dan rebut peluang memenangi ‘Twinkle Twinkle Classic Series - Goodnight Pat-activated Lamp’ (Kanan).
Langgan saluran rasmi POP MART dan Shopee Mamak sekarang untuk menyertai maraton siaran langsung, memenangi giveaway menarik, dan merebut hadiah eksklusif GWP bermula 30 September!
Post a Comment