Happy Birthday To Me & Ibu

 



Nak hujung bulan september baru dan nak publish entri blog ni..takpelaa janji masih belum tahap bersawang kan blog kesayangan kite ni,,, 9 & 10 September, dua tarikh yang sangat dekat di hati aku. 9 September birthday ibu, dan sehari selepas tu, 10 September, birthday aku pula. September babies, virgo slays! Kuikuikui,,,, Sekejap rasa bertambah umur, bak kata rakan sebaya birthday yang ke-63! Huwaaaa, pandai-pandai la korang teka sendiri maksud 63 tuuu,,,,


Tapi yang paling terasa, ini birthday pertama aku tanpa ayah di sisi. Rindu tu memang susah nak digambarkan. Semoga doa dan amalan anaknya yang tak seberapa ini sampai kepada ayah, in sya Allah,,,


Walaupun hati berat dengan rasa rindu, aku tetap bersyukur. Another year older, another chance to grow. Semoga diberi kesihatan yang baik, kekuatan untuk terus melangkah, dan rezeki in every possible form, bukan harta semata, tapi kasih sayang, persahabatan, dan ketenangan.


Terima kasih buat suami, keluarga & sahabat yang mendoakan, meraikan, dan yang berkongsi rezeki dengan aku & ibu. Honestly, tak mampu nak balas apa-apa… hanya doa terbaik aku kirimkan untuk semua.


Dulu maybe rajin nak update everything dekat social media setiap kali birthday. Tapi makin bertambah umur, makin rasa malas nau nau dan nak simpan some moments just for myself. Rasa lebih privasi lebih ketenangan... Tapi ada juga rasa nak share dan celoteh sikit kat blog beberapa reward di ulang tahun kali ini, cuma tak tahu bila nak publishnya, mungkin slow sikit laa nak menaip ni kena ada mood, tapi sekali datang mood kadang macam tak nak stop pulak kan,,,, hehehe jumpa lagi di next entri ea korangg.....




No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.