Novel Review ~ Setelah Aku Pilih Dia

 

                Tajuk : Setelah Aku Pilih Dia

                Penulis : Eyla Hime

                Terbitan : Fajar Pakeer 


Sinopsis Dari Novel ~~

Untuk membalas budi. Hanya itu sebabnya kenapa Hadif Adrian memilih untuk bersetuju mengahwini Hana Naziha. Kerana itu, dia tidak mampu untuk bersikap mesra terhadap gadis itu. Apatah lagi bila Hana Naziha juga mempunyai satu kekurangan yang tidak mungkin boleh diterima oleh lelaki lain yang waras seperti dirinya.

Namun, dingin Hadif Adrian itu cuma sekadar di bibir. Sifat acuh tak acuhnya juga cuma sekadar lagak. Hakikatnya, setiap kali Hana Naziha memerlukan bantuan, jejaka itu pasti akan datang menghulurkannya. Malah, hasil dorongan Hadif Adrian jugalah Hana Naziha berjaya merubah dirinya menjadi seorang yang lebih berani untuk bangun membela diri daripada terus dihina.


"Ya, Hana. Abang dah berkeputusan untuk terima Hana sebagai isteri abang."

"Hana tak mimpi?"

"Tak."


Mengharapkan agar suatu hari nanti Hadif Adrian akan benar-benar ikhlas menerima dirinya, Hana Naziha menyangka bahawa impiannya yang satu itu telah tertunai. Namun, saat isi kotak pandora yang tidak sepatutnya dibuka itu didedahkan kepadanya, barulah dia menyedari bahawa bahagianya cumalah sebuah pembohongan semata.


"Hana benci abang."


Meskipun Hadif Adrian sudah memilih untuk melindungi gadis istimewa itu seumur hidupnya, apa sahaja yang dia mampu untuk lakukan saat Hana Naziha melafaz kata itu?


🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂


🍁 First time terpandang cover novel ni terus tertarik nak beli sebab ala ala international gitu. Tapi berbaloi beli. Ni aku repeat baca. Hadif Adrian dan Hana Naziha dari awal lagi kita dah tahu hubungan diorang ni complicated, tapi tetap nak tahu,,, boleh ke rasa sayang tu tumbuh dalam situasi yang penuh luka dan kekurangan?


Yang buat cerita ni lain daripada yang lain adalah watak Hana, seorang isteri yang 'istimewa', bukan perfect tapi tetap kuat dengan caranya sendiri. Kita jadi geram, sedih, simpati... semua rasa bercampur bila tengok struggle dia untuk faham dunia sekeliling, dan pada masa yang sama nak disayangi macam wanita biasa. Hadif pula bukan hero tipikal, tapi dia slowly belajar untuk terima dan sayang dengan cara yang lebih dalam. The growth is real, bukan setakat pada hubungan, tapi pada diri sendiri juga.


Dari novel ni aku belajar satu benda, kita tak perlu tunggu semuanya sempurna untuk buat pilihan besar dalam hidup. Kadang-kadang, cinta tak datang dulu, tapi pilihan yang kita buat dengan ikhlas tu boleh jadi pintu kepada rasa yang sebenar. Love is not always loud, sometimes it’s quiet, flawed, and slowly blooming,,, tapi itulah yang paling kuat bertahan.






No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.