Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 68 | Happy 68th Malaysia Independence Day

 


Setiap kali tibanya 31 Ogos, mesti hati aku jadi lain macam. Ada rasa sebak, ada rasa bangga. Tahun ni kita sambut Hari Kemerdekaan yang ke-68. Walaupun angka tu makin besar, semangat nak laungkan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” tak pernah pudar.

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ni ialah “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.” 

Kalau throwback zaman sekolah dulu, aku memang suka tengok sambutan Hari Kemerdekaan. Paling best bila ada siaran langsung perarakan Merdeka. Walaupun tak pernah rasa tengok depan mata, tengok kat TV pun dah cukup rasa bangga wehh. Bayangkan je lah, barisan pasukan beruniform melangkah penuh disiplin, pancaragam main lagu patriotik, bendera Malaysia berkibar megah, sampai persembahan budaya yang tunjukkan kepelbagaian bangsa kita. 

Zaman sekarang sambutan di sekolah lagi kreatif mengikut peredaran semasa. Contohnya pertandingan baju Merdeka kat sekolah. Memang meriah! Kreativiti ibu bapa tak pernah mengecewakan. Aku pun terjebak juga untuk siapkan pakaian merdeka untuk Firas walaupun beli siap je kat Shopee. Hehehe...kitanya tak kreatif mana,,, Tak apa lah kan asalkan anak-anak tu melaram penuh semangat tiap tahun sambut merdeka. Dari situ lah kita mula belajar erti kemerdekaan walaupun masih kanak-kanak.

Sekarang bila dah dewasa, aku lagi hargai makna sebenar kemerdekaan. Syukur sebab kita hidup dalam negara yang aman, boleh tidur lena tanpa bunyi bom, boleh keluar rumah tanpa rasa takut. Semua ni hasil perjuangan tokoh-tokoh tanah air yang dah berkorban jiwa raga dulu. Tanpa mereka, takkan ada Malaysia yang kita nikmati hari ini.

Jadi, untuk Hari Kemerdekaan ke-68 ni, aku cuma nak ucap satu terima kasih, Malaysia. Semoga negara kita terus aman, rakyat terus bersatu, dan semangat cintakan negara ni takkan pernah hilang.



1 comment:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.