L'Occitane Shea Butter Rich Body Lotion ~ Atasi Masalah Kulit Kering

 


Hai korang! Apa khabar semua? Lama gila tak story mory kat sini, kan? Aku tahu mesti ramai yang tengah sibuk beraya sakan.Yelah rayakan sebulan. Kalau kat Johor ni kadang terlebih sebulan pun onz je! Hahaha,,,,, Tapiiii dalam sibuk-sibuk tu, jangan abaikan self-care, okay?


So hari ni aku nak share satu body lotion yang aku personally dah try and jadi pilihan seharian– and let me tell you, it’s a game changer! Nama dia L'Occitane Shea Butter Rich Body Lotion. Bukan biasa-biasa punya lotion ya, ni memang kategori kayangan sikit tapi totally worth it bila tengok hasil dia. Aku ni ada 2 jenis lotion untuk rutin harian, satu untuk perfume lotion aku guna bila outdoor, yang unscented ni selalu guna kat rumah untuk penjagaan kulit keseluruhan. 


Lotion ni mengandungi 15% shea butter, and korang tahu tak shea butter ni power gila untuk bantu melembapkan kulit. Lepas pakai, kulit rasa lembut dan moist gila – bukan setakat kejap je, tapi tahan sampai 48 jam okay! Bila aku sapu malam sebelum tidur, esok pagi kulit still rasa macam freshly moisturised.


Yang paling aku suka, dia tak rasa melekit langsung. Texture dia rich tapi cepat meresap, so korang boleh terus pakai baju tanpa rasa melekit-melekit. Best sangat guna kalau nak chill lepas mandi.



Aku suka simpan botol dia kat tepi katil, sebab rutin aku sebelum tidur memang wajib sapu lotion ni kat tangan dan kaki. Dah jadi habit sebab dia bagi efek calming juga. Kulit aku jenis cepat kering especially bila stay dalam aircond lama-lama, so ni memang penyelamat aku sekarang.


So kalau korang tengah cari body lotion yang betul-betul melembapkan, aku highly recommend yang ni. Mahal sikit takpe, janji puas hati. Kulit pun happy, mood tambah confident tak gituuu,,,




No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.