Pengalaman atau Pendapat

 


Selalu dengar kan orang kata pengalaman tu penting. Ye tak dapat dinafikan. Dari pengalaman lah kita belajar macam-macam corak kehidupan. Tapi selalu juga dengar kalau tak diberi peluang dalam sesuatu perkara macam mana kita nak ada pengalaman? Hehehe

Ayat tu selalu kita dengar dalam bidang pekerjaan kan. Bila interview kerja katanya yang banyak pengalaman lebih diberi keutamaan mendapatkan pekerjaan. Jadi yang baru nak cari pengalaman ni macam mana pulak kan? Kalau tak diberi peluang?

Apa pun, bukan kepakaran aku la untuk cerita hal interview pekerjaan ni. Kena tanya yang lebih arif. Entri aku kali ini lebih kepada santai-santai dari yang pernah aku alami sendiri sepanjang 34 tahun hidup berjumpa pelbagai kelompok masyarakat ni. 

Memang bagus kita seringkali rujuk apa-apa pengetahuan dengan mereka yang berpengalaman, aku pun macam tu, hal sekecil-kecil pun kadang aku tanya dengan orang yang ku kira lebih tahu dari aku. Yang jadi isunya sekarang ni ada sesetengah individu yang rasa dirinya terlalu berpengalaman hingga menganggap pendapat orang lain tidak betul. Kalau didengar pendapat pun hanya yang se-level dengannya sahaja. 

Sebab tu tajuk aku tu mengenai antara pengalaman dan pendapat. Dua tu perkara yang berbeza ye. Pengalaman ye ikut pada tempoh seseorang tu berada dalam sesuatu keadaan, tapi pendapat ni bagi aku bebas ye. Sesiapa manusia kat dunia ni pun bebas memberi pendapat asalkan tidak menyentuh sensitiviti dan sebagainya. Sebab tu time sekolah dulu pun aku memang suka buat esei tentang pendapat. Cikgu aku sendiri pun beritahu kalau tak yakin untuk buat esei yang berfakta pilih yang mengenai pendapat. Sebab orang tak boleh salahkan pendapat kita 100% kan. 

Lagi pula tentang pengetahuan, tidak semestinya seseorang tu baru di dalam perkara yang diceburinya itu dia langsung tidak boleh beri pendapat. Aku pernah tengok sendiri situasi dalam satu group Telegram yang menjual pelbagai jenis barangan, di mana salah seorang bertanya info mengenai produk tertentu, dan salah seorang lagi tolong menjawab dan beritahu produk itu bagus untuk itu dan ini kerana dia sendiri salah seorang pengguna tegar, tapi si yang bertanya ni tadi buat tak layan je. Dan bila yang menjawab tu orang yang berstatus leader atau lama dalam group tu, boleh pula dia jawab terima kasih. Ermm..bukan la aku ni sibuk sangat nak bitter hal orang kan, tapi tak salah pun kita menghargai setiap pendapat yang diberi. Kalau rasa hanya perlu pendapat dan ilmu dari orang tertentu, baik pm tepi je kan. Tak perlu tanya secara umum pun.. kuikuikui

Dalam kampung atau perumahan juga, walaupun ada keluarga tu baru menetap kat situ, bila ada aktiviti atau apa kita perlu dengar pendapat setiap dari mereka. Tak semestinya dia baru tinggal kat situ tapi dia tak tahu apa-apa kan. Kalau dah 2, 3 tahun pun masih dianggap baru dan mentah, tak berkembang lak kang komuniti tu. Kita tak tahu mungkin orang baru tu rajin buat research dan sebagainya jadi ada yang dia tahu dulu dan kita yang lama tak semestinya tahu semua. 

Macam-macam hal gaiss..ni pula yang pernah aku hadap berkali-kali pasal anak. Dari diri sendiri dan dari kawan-kawan yang aku dengar, dan pernah terbaca di sosial media. Just aku boleh cakap ilmu pengetahuan tu luas, siapa yang rajin dia lah yang untung. Anak ramai ke, anak sikit ke, belum ada anak ke, atau belum kahwin bukanlah masalah pun. Tak salah berkongsi pendapat. Rasa nak ikut, ikut la..tak nak ikut, jangan perlekehkan. Jangan mudah berkata-kata

"Ala kau apa tau anak kecik lagi," 

"Ala kau apa tau anak dah besar senang la,"

"Kau dah anak ke nak bagi pendapat?"

"Kau belum kahwin kau tak faham"

Haa ni contoh je contoh. Tapi korang pun mesti selalu dengar kan ayat macam ni kat mana-mana pun. Jangan mudah judge dari luaran seseorang, pernah aku kenal seorang adik ini ilmu parenting dia memang hebat macam ada 10 anak, beliau anak sulung dan pengalaman membantu ibunya membesarkan adik-adik mendewasakan dia walaupun belum pernah berumahtangga dan punyai zuriat. Sementelah juga parents nya sibuk bekerja mencari rezeki untuk adik beradik nya yang agak ramai, jadi dia banyak belajar. Sebab tu kita jangan mudah judge orang tak tau itu ini, kita tak tahu apa yang dilalui setiap orang. Cara dibesarkan, cara didikan pun berbeza-beza kan. 

Bagi aku la kita hidup ni simple kita terima jela dan bersikap terbuka dalam menerima pendapat dari sesiapa pun. Jangan dinilai dari background seseorang tu baru kita anggap dia layak beri pendapat atau tidak. Pengalaman memang penting, selagi bernyawa carilah pengalaman dan pengetahuan di sana sini. Namun lama atau tidak pengalaman seseorang tu, bukan itu yang perlu dijadikan ukuran semata-mata sebab perjalanan dan ujian hidup kita pun berbeza-beza kan. 

Jangan mudah memperlekehkan orang lain. Kadangkala kita tak tahu orang yang kita anggap baru dan mentah tu mungkin lebih tahu tentang sesuatu dari kita. Jadi tak salah pun kita mendengar dan menghargai. Hormati pengalaman hidup orang lain dalam masa yang sama juga raikan perbezaan pendapat. Barulah berkembang sikit minda kita ni kan..tak gituu..

Oopsss terpanjang pula menaip untuk entri kali ini. Bubye korang jumpa lagi di entri seterusnya. Be positive! 



3 comments:

  1. Bagi saya, saya anggap golongan ni sebagai toxic. Banyak negatif berbanding positif. Lebih baik jauhkan diri daripada golongan macam ni.

    ReplyDelete
  2. raikan aje la.. Kadang kadang geram bila dia pos sesuatu, kita bagi pendapat, dia pangkahnya habis habisan. memang unfollow terus. kadang2 bukan nak sangat bg pendapat, sekadar respon supaya wall dia tak krik krik sangat

    ReplyDelete
  3. Pendapat layak diberi oleh sesiapa sahaja. Betul atau salah, belakang cerita.
    Yang penting beri peluang pada semua orang untuk memberi pendapat. Pendapat seseorang perlulah kita hormati, bukan memperlekehkan buah fikiran seseorang. Kadang2 orang takde common sense.. dia je nak menang..
    Susah juga gitu en

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.