Perfume Review : Princesse Marina De Bourbon ~ Cristal Royal Rose
Siapa je tak suka tang wangi-wangi ni kan? Tengah stress pun kadang boleh tenang bila hidung ni terbau benda yang wangi dan menyenangkan. Begitulah...
Saja nak santai-santai cerita pasal salah satu perfume atau wangian yang aku suka ni. Aku ni walaupun suka sangat dengan perfume dari zaman sekolah lagi tapi bukan jenis yang suka kumpul koleksi pelbagai botol. Kalau dah suka dengan bau tu, itu jelah. Selalunya bila habis aku akan repeat balik beli perfume yang aku suka tu jugak. Antara bau perfume yang aku setia sampai sekarang ialah Pleasure by Estee Lauder, Romance by Ralph Lauren dan Midnight Fantasy by Britney Spears.
Ada juga laa kadang aku terjebak beli beberapa jenama wangian yang lain, tapi yang nama sekian tu jugak aku kerap repeat. Berbalik kepada salah satu perfume yang aku baru jatuh cinta ni, baru-baru ni beli barang penjagaan diri kat SaSa melalui online. So dalam parcel tu ada di selitkan sample perfume Princesse Marina De Bourbon ~ Cristal Royal Rose ni. Nahh havoc nama dia walaupun tergeliat lidah nak spelling kau hahaha..
Apa pun test sikit je sample masa tu kat pergelangan tangan, terus jatuh cinta dengan baunya yang pada aku soft and fresh gitu..macam bau sabun ke shampoo lepas korang mandi segar-segar macam tulah boleh digambarkan fresh nau aura wangian ni. Apa lagi laju la pi cari terus kat SaSa. Beli yg 30ml pun jadilah ea buat ghaso ghaso kata orang.
Oh ye untuk info korang Top Notes ingredients dalam perfume ni ialah Rose, Lemon & Pear. Middle Notes pula Peach, Freesia & Violet. Dan Base Notes terdiri dari Musk, Ambroxan & Cedar.
Kalau korang berminat nak cuba perfume Princesse Marina De Bourbon ~ Cristal Royal Rose ni boleh beli kat SaSa ye gaisss..kat SaSa Online pun ada mudah je.
Ok korang selamat malam, semoga dipermudahkan urusan mencari rezeki esok. Jumpa lagi di entri berikutnya...
wah sasa
ReplyDeleteCuya suka juga bau fresh dan soft
ReplyDelete