Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke 65 | Happy 65th Independence Day Malaysia

 


Salam Kemerdekaan Malaysia yang ke 65 tahun dari Faizzah Amir Dot Com.

Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Korang sambut kat dataran ke tu? Nampak begitu meriah sekali sambutan tahun ini kan. Percikan bunga api dan warna warni lampu bertemakan Jalur Gemilang di sana sini.  

Paginya pula berpeluang melihat pelbagai perarakan dan perbarisan dari pelbagai kontinjen dan badan beruniform yang terlibat. Rasa semangat kita sekali pun berkobar-kobar gitu kan...

Macam aku tahun ni berpeluang menyambut di kem suami pun dah rasa puas sangat dapat berkongsi kegembiraan dengan keluarga dan rakan-rakan. 

Semoga keamanan sentiasa kekal negara kita. Juga kejayaan demi kejayaan berjaya kita kecapi di masa sekarang dan akan datang. Sentiasa juga kita ingat akan pengorbanan mereka yang terdahulu dalam memastikan kemerdekaan dan keamanan yang kita semua perolehi pada hari ini. 




No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.