Salam Aidiladha 1442H/2021M

 


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat umat islam di seluruh dunia...

 

Kisah Aidiladha tahun ini..


Macam biasa la, selagi kita di dalam tempoh fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), raya di rumah sahaja. 


Alhamdulillah bagi aku syukur apa adanya. Bila tengok keadaan di sana sini, aku nak kurangkan merungut sangat macam sebelum ni. Macam yang mak aku selalu cakap, kira ok la hadap PKP tahun yang serba maju dan canggih dengan pelbagai teknologi ni. Berkurung pun tak la bosan sangat. 


Apa pun sebagai manusia biasa aku dan keluarga tetap berharap dapat menikmati waktu indah berjalan-jalan kat luar macam dulu, tanpa kerisauan..in sya Allah suatu hari nanti...cuma untuk dapatkan yang indah tu kita kena berkorban dulu la kan..


Cerita ringkas mengenai raya Aidiladha aku dan keluarga, bersyukur mak ayah, aku, suami dan anak masih lagi diberi kesempatan meraikannya di teratak kami. Macam yang aku cakap tadi, walau dalam tempoh PKP kami tetap berusaha meraikannya ikut kemampuan kami. Tanda kesyukuran. Sekurang-kurangnya Firas, anak aku masih mengenali apa itu erti perayaan walaupun cuma duduk di rumah. 


Suami turn hari raya Aidiladha walaupun tak ada la outstation jauh sangat, tapi dia kena bekerja. Tapi aku tetap bersyukur suami ada dekat dan boleh bekalkan juadah hari raya. Cuma photoshoot raya Aidiladha ni aku dan anak je. Ada photoshoot dengan suami pun dengan pakaian uniform dia dalam video call je. Atas sebab tertentu, kami tak boleh share sini. Hehehe


Sebut pasal juadah hari raya pula, simple2 je juadah kami.. Nasi Bukhari, Ketupat Segera, Ayam Masak Beriani dan Rendang Daging. Sempat juga beli kek dan sikit kuih raya sehari sebelum raya untuk kudapan di depan televisyen. 


Pakaian raya alhamdulillah anak repeat sahaja baju last year yang baru pakai sekali, aku pula kebetulan baju kurung yang dibeli masa sale di Butik Jamilah Plaza Angsana masa ramadhan yang lalu. Kisahnya beli untuk dipakai beraya ketika Syawal, tapi tak boleh beraya so lepas raya pertama melaram dengan baju tema pink maroon tu baju kurung ni peram terus la dalam almari. Takpela rezeki dapat pakai masa Aidiladha ni. Shawl Naelofar ni hadiah dari kakak ipar Shuhada kat KL. Beria la bangun pagi dok iron baju tudung apa semua kan. Hehehe...


Oklah sampai sini je dulu..in sya Allah panjang umur kita jumpa lagi di Aidiladha tahun depan..in sya Allah...semoga kita semua sentiasa di lindungi dan di dalam peliharaanNya...


Stay safe and take care ye korang !!















2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.