Cara Mudah Guna Pemerah Pipi dengan Maybelline Master Flush Stick

 


Sejak banyak memerap kat rumah ni jarang la nak makeup2.. bukan tak suka makeup kat rumah, haishhh kat rumah pun kena lawa-lawa jugak tau. Hehehe...


Abis nak makan durian bau dia pun aku tak berani mendekati so mampu tengok jela family makan huhuhu..sedih kan. Ada peristiwa kenapa aku tiber tak makan durian ni. Padahal masa kecik2 dulu ok je. Nanti la aku ceritakan kisah yang tak berapa best tu haha..


PKP ni korang buat apa je? Dah layan ke movie Turki Water and Fire yang tengah viral tu? Sedih kan...

Berbalik pada cerita makeup2 ni, baru-baru ni aku tengok live Shopee, seller tu cun je pakai blusher. Tiberr macam mengidam aku ni teringin juga nak pakai blusher. Kisahnya otak pun teringat ada beli blusher jenis creamy stick dari Maybelline berapa bulan yang lalu. 


Maybelline Master Flush Stick nama diberi. Bukan aku yang beri nama tau. Hehehe...


Jarang la nak guna blusher bila makeup sebab tak reti haha, tapi blusher jenis ni senang sangat nak guna. 


Antara kelebihan Maybelline Master Flush Stick ni ianya mengandungi pewarna reaktif pH yang menghasilkan warna flush yang unik pada kulit.

Span lembut juga membantu mengadun dengan mudah untuk kemasan semula jadi.


Ada yang nak cuba ke? Aku beli kat Shopee Mall Maybelline Official Store. Selalu ada sale dan boleh claim coin semestinya. Hehehe...


Klik je link kat bawah ni tau ⤵️

https://shopee.com.my/product/21656722/389351795?smtt=0.62871414-1625219349.9










2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.