Review Tarte Mini Maracuja Creaseless Concealer

 


Hai korang, buat apa je tu? Buat je la apa-apa yang korang happy janji tak salah dan tak kacau orang hehehe.. 


Bukan apa, bila minda korang happy dapat buat apa yang korang suka atau minat, mesti idea seharian datang mencurah-curah kan. Tak kira la idea memasak ke, berbisnes ke, tengah bekerja sambil menulis blog sekaligus macam aku ni haa.. Semoga kita semua dibukakan jalan menuju kejayaan setiap hari.. In sya Allah..


Hari ni aku nak review pasal concealer dari jenama Tarte. Haritu eyeshadow Tarte aku review kan. Kalau ada yang tertanya kenapa aku suka jenama Tarte, jawapannya sebab berkualiti la dan antara jenama yang mampu milik kat Sephora nun.. Hahaha



Nama penuh concealer Tarte ni " Tarte Mini Maracuja Creaseless Concealer".. Aku tau pakai je. Nak sebut nama mau tergeliat lidah.. Huhuhu.. Tu kadang beli online je..



Aku ni masalah eyebag ni paling ketara nampak.. Ada je beli skincare dengan mask untuk hilangkan eyebag apa semua, tapi makan masa kan. Kadang bila tiba-tiba ada keperluan kita nak menghadiri majlis ke apa, sesekali nak juga nampak elok depan orang kan kan.. Jadi concealer ni lah penyelamat aku. Di bawah ni aku ada point kan sikit antara kelebihan Tarte Mini Maracuja Creaseless Concealer ni ~~


🌹Full Covered (ni paling penting yaww) 

🌹Kalis Air (Waterproof) 

🌹Tak nampak bergaris-garis concealer tu bila apply kat bawah mata (susah nak explain maksud creaseless ni tapi dia cantik la nampak rata je tak bergaris atau bercapuk kat bawah mata) 

🌹Menutup keseluruhan lingkaran hitam bawah mata, hiperpigmentasi dan kemerahan. 

🌹Ianya mengandungi vitamin c - rich maracuja yang menganjalkan kulit, mencerahkan dan menghaluskan. 

🌹Travel friendly 




Kalau korang berminat nak dapatkan sekarang ni ada je lagi lat Sephora klik je link ni ~~

https://www.sephora.my/products/tarte-mini-maracuja-creaseless-concealer


2 comments:

  1. AYO Bergabung Bersama AJOQQ | Menawarkan Berbagai Jenis Permainan Menarik.
    1 ID untuk 8 Permainan Poker, Domino, Capsa Susun, BandarQ, AduQ, Bandar Poker, Sakong, Bandar66 ( NEW GAME!! )
    Dapatkan Berbagai Bonus Menarik..!!
    - Bonus Cashback 0.3%. Dibagikan Setiap hari SENIN
    - Bonus referral 20% SELAMANYA
    - Minimal Deposit dan Withdraw hanya 15 rb Proses Aman & cepat
    - 100% murni Player vs Player ( NO ROBOT )
    Whatshapp : +855969190856
    website : AJOQQ.NET

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.