KITKAT beri penghargaan kepada Petugas Kesihatan

Siaran Berita

Petaling Jaya, 3 November, 2020   


KITKAT beri penghargaan kepada Petugas Kesihatan

Kongsi “waktu rehat KITKAT” yang menyeronokkan kepada lebih 12,000 petugas barisan hadapan


     The KITKAT Break Bus donating products for 8,000 frontliners at Hospital Kuala Lumpur, in appreciation of their dedicated efforts in the fight against COVID-19. 




      
          Approximately 1,000 frontliners from Hospital Sungai Buloh were treated to "KITKAT Breaks". 


Bagi menghargai kegigihan dan kesungguhan barisan petugas barisan hadapan kita, KITKAT baru-baru ini telah menyumbangkan produk kepada lebih 12,000 pekerja penjagaan kesihatan di enam buah hospital di Lembah Klang.


      The KITKAT Break Bus presenting product donations to Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang representatives. 

   


KITKAT Break Bus telah menghantar sumbangan tersebut kepada pekerja penjagaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital KPJ Selangor, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Sungai Buloh. Ini termasuk pelbagai jenis produk KITKAT, seperti KITKAT Milk Chocolate dan KITKAT Senses


       Representatives from Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) receiving product donations from KITKAT.  


Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata, “Nestle Malaysia telah memberi sokongan terhadap usaha petugas barisan hadapan sepanjang pandemik ini, dan ingin terus menunjukkan penghargaan kami kepada pekerja penjagaan kesihatan kita yang terus memainkan peranan penting dalam perjuangan menentang Covid-19. Mereka telah menunjukkan dedikasi yang tidak terhingga dan kami berharap bahawa dengan cara ini, kami dapat sedikit sebanyak menyokong dan menggalakkan petugas barisan hadapan untuk terus bersemangat dalam menjalankan tugas mereka.”  

       Healthcare workers at Hospital Serdang receiving product donations from KITKAT. 

Encik Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan Konfeksi, Nestlé Malaysia, menjelaskan, “Kami sedar bahawa negara kita kini sedang berhadapan dengan waktu yang sukar, namun kami memahami akan pentingnya waktu rehat, terutamanya apabila menghadapi tekanan yang tinggi semasa berkerja, bagi tempoh waktu yang panjang. Kami harap sumbangan kecil daripada KITKAT akan membawa sedikit keceriaan kepada petugas barisan hadapan kita dan memberi mereka peluang untuk berehat seketika dalam perjuangan membendung penularan pandemik ini.”



Mengenai Nestlé KITKAT

Dicipta pada 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi Nestlé pada 1988, dan telah berkembang untuk menjadi salah satu jenama jutawan Nestlé. Snek ringan yang digemari ramai ini ialah jenama coklat No.1 Malaysia, dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia. Nestlé KITKAT merupakan jenama konfeksi global pertama yang diperbuat daripada 100% koko mampan yang diperolehi menerusi Rancangan Koko Nestlé. 


Frasa “Have a break, have a KITKAT” (Berehat Sebentar Bersama KITKAT) secara ringkas menjelaskan misi KITKAT – untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya. Nestlé KITKAT menggalakkan segala jenis rehat berlainan yang diingini oleh penggemar KITKAT – keseronokan, kespontanan, kelazatan, kenikmatan, dan ganjaran. Sama ada anda tenggelam dalam timbunan kertas kerja atau bertungkus lumus bekerja seperti jentera, anda boleh menikmati kelazatan coklat menyelerakan ini, yang sekarang dibuat 100% daripada koko mampan, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan cara apa jua. KITKAT adalah 100% produk Halal keluaran tempatan yang dibuat di kilang Nestlé yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan. 


Berikut adalah cara untuk berehat seketika... dengan gaya KITKAT:

  1. Tolak wafer keluar dari pembungkus merah.

  2. Gores sepanjang jejari wafer yang dibalut dengan kertas timah.

  3. Patah satu jejari wafer pada satu masa.

  4. Kemudian patahkan satu jejari wafer menjadi dua dan nikmati kelazatannya!


Untuk maklumat lanjut tentang KITKAT, sila ke:

Laman Jenama - http://www.nestle.com.my/brands/confectionery_and_chocolate/KITKAT 

Facebook - http://www.Facebook.com/KITKATMalaysia 

Official Website - http://www.KITKAT.com.my


Tentang Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai 291,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti.  Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal. Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua. 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.


5 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.