Lizzie McGuire Back Again




Pagi-pagi tadi aku dah dapat kejutan tak terjangka dari instagram idola zaman remaja aku Hilary Duff. Mungkin ramai yang tak kenal Hilary Duff ni sebab beliau ni antara artis hollywood berbakat tapi kurang kontroversi hehehe..

Ok berbalik pada kejutan tadi, Hilary Duff ni bagitau kat ig dia sitcom yang satu ketika dulu popular di Disney Channel yang juga menaikkan nama beliau iaitu `Lizzie McGuire' bakal kembali dengan siri baru di kaca tv...😱😱😱




Credit picture to ~ 

Credit ~ https://instagram.com/hilaryduff

Ermm.. Hanya peminat fanatik 'Lizzie McGuire' je yang faham akan rasa teruja yang tidak berbelah bahagi ini. 😆😆
Ok meh laa aku belanja secara ringkas bagi yang belum tahu pasal sitcom 'Lizzie McGuire' yang menjadi fenomena di kalangan remaja sekitar tahun 2001-2004.
Lizzie McGuire mengisahkan kehidupan Elizabeth 'Lizzie' Brooke McGuire (Hilary Duff), seorang remaja berusia 13 tahun yang mempunyai impian untuk menjadi popular di sekolahnya. Lizzie juga mempunyai rakan baik iaitu Gordo dan Miranda yang selalu membantunya dalam apa jua keadaan coz Lizzie McGuire ni digambarkan seorang yang agak cemerkap, kira apa yang dia buat ada jela yang tak jadi dan kadangkala memalukan dia sendiri. Tapi trust me korang akan fell in love dengan karakter dia yang innocent tu. Dalam sitkom ni juga korang akan perasan ada satu 'animasi' yang akan mengajuk setiap perbuatan Lizzie ni. Aku malas nak cerita lebih korang boleh cari sendiri sitcom ni kat youtube.

Melalui apa yang aku faham juga dari caption Hilary Duff tu, siri baru ni akan memaparkan Lizzie McGuire yang baru, lebih matang dalam usia yang menjangkau 30an. Wuuu dah nama aku yang peminat ni pun nak masuk 3series tahun ni huhuhu. Sure makin menarik nanti sitcom Lizzie McGuire ni tak sabar wehhh...💕💕

5 comments:

  1. weiii kita minat dia jugakkkkk! dulu siap hafal lagu dia bila dia start menyanyi...hahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Lagu2 dia simple tp best senang nk ingat 😆

      Delete
  2. Waaa dia comeback ek...dah nampak matang dah dia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Berbeza nampak dr dlu. Camne la dia bawa watak lizzie versi 30an ni. Xsabo tgk 😍

      Delete
  3. Oh dah tua rasanya bila tau pasal sitcom ni.hahahah dulu tengok masa sekolah rendah lagi. Teruja jgk ni

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.