Mood brisk walk pepagi

 


Happy weekend. Kisah pagi tadi. Sambil brisk walk di pagi hari, berhenti sekejap rasa nak menaip pula.


Kebetulan juga pagi tadi berbual dengan seorang sis ni juga jalan-jalan pagi katanya. Setaman kami tapi lain-lain lorong la. Seronok juga sesekali ada jumpa geng nak berbual kan. Tahu tahu dah ber kilometer juga kaki ni melangkah. 


Aku ni jenis kalau dah bersembang memang jadi wehh..nampak je macam kayu, kaku hahaha. Tiba-tiba rasa nak buat topik la pasal kekayuan aku ni untuk next entri. Sebab nampak macam benda biasa, tapi banyak kisah tersembunyi di sebaliknya. Jadi efek dalam kehidupan aku. Suka duka semua ada. 


Oh ye kalau up pasal brisk walk ni kat mana-mana sosial media aku, ada pulak ingat aku nak kuruskan badan. Kurus tu bonus la, yang penting sihat kan. Beberapa minggu ni dok layan open house je, so kita kena beringat sikit hehehe. So muncul la seketoi Faizzah ni di pagi hari berjalan keluarkan peluh. 


Okla sampai sini dulu. Doakan aku istiqamah la buat benda ni demi kesihatan dan masa depan yang gemilang..cewahhh




4 comments:

  1. InsyaAllah istiqomah. Brisk walk ni best sebab boleh bersatu dengan alam gittew daripada terperap je kat rumah macam saya. Anak kecik lagi belum boleh nak keluar brisk walk selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Rasa lapang je otak ni lepas tu

      Delete
  2. seronoknya dapat briswalk kan??tapi nak bersiap, nak keluar dari rumah tu., berchentaaa...hahaha..

    BTW, salam kenal la dari Linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul banyak kali juga tak jadi hahaha. Salam kenal awk ;)

      Delete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.